Krispy Kreme Hadir Dengan Koleksi Donat Harry Potter Edisi Terhad Di Malaysia
Lina Rosli
Bagi peminat Harry Potter, pastikan anda ketinggalan untuk mencuba menu baharu di Krispy Kreme Malaysia iaitu koleksi donat edisi terhad yang diinspirasikan daripada dunia sihir Hogwarts – iaitu Harry Potter.
Menariknya, setiap donat mewakili rumah ikonik di sekolah sihir tersebut dengan pilihan rasa yang unik. Bagi Gryffindor, anda boleh menikmati Cookie Butter Kreme, manakala Hufflepuff pula menghidangkan donut Brown Butter Toffee Custard. Ravenclaw pula tampil dengan Blueberry bersama taburan sprinkles, dan Slytherin hadir dengan Chocolate Buttercream Swirl.


Selain itu, terdapat juga donat Sorting Hat yang menyimpan kejutan istimewa. Setiap gigitan akan menawarkan kepada anda warna krim yang mewakili salah satu daripada empat rumah Hogwarts – seolah-olah anda sedang dipilih oleh topi sihir itu sendiri.

Bagi yang berminat untuk mencuba, donut ini ditawarkan pada harga RM4.40 setiap satu dan RM12 untuk set 4 donut. Sementara untuk donut Sorting Hat, ia ditawarkan pada harga RM6. Dan lebih eksklusif, koleksi ini dibungkus dalam kotak pengumpul khas bertemakan siri Harry Potter.
Jangan ketinggalan untuk mencubanya hari ini kerana , ia ditawarkan untuk masa terhad di semua cawangan Krispy Kreme Malaysia.