Koppiku Memperkenalkan Menu Baharu – Matcha Durian Dan Kopi Durian

August 26, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sepanjang bulan Kemerdekaan pada tahun ini, Koppiku kini memperkenalkan rangkaian minuman baharu dengan tema “KERANAmu, Kita Kongsi Rasa Yang Sama” yang menampilkan kombinasi rasa berani yang diinspirasikan daripada buah-buahan tempatan.

Tiga minuman utama yang diperkenalkan ialah:

  • Matcha Durian Latte (RM11.90) – gabungan teh hijau matcha dengan kelembutan rasa durian.
  • Koppiku Durian Latte (RM11.90) – adunan kopi latte dengan aroma durian yang kaya.
  • Koppiku Coconut Latte (RM10.90) – variasi latte yang dipadukan dengan rasa segar kelapa.

Sama ada anda penggemar durian atau lebih menggemari rasa ringan dan segar seperti kelapa, setiap minuman dalam siri ini memberikan pengalaman baharu yang mampu membangkitkan nostalgia tempatan.

Bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baharu dan berbeza, rangkaian minuman durian dan kelapa Koppiku ini kini sudahpun tersedia di semua rangkaian Koppiku di seluruh Malaysia. Ia bukan sahaja pilihan untuk memenuhi selera, tetapi juga satu cara meraikan cita rasa tempatan dengan gaya moden.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd