OH!SOME Raikan Ulang Tahun Pertama – Kini Perkenal Aplikasi Tersendiri
Lina Rosli
OH!SOME, jenama runcit sohor kini yang semakin mendapat tempat di hati pembeli Asia Tenggara, meraikan ulang tahun pertamanya dengan kempen sebulan penuh bertemakan “OH!SOME X ONE IS MORE”.
Sejak dilancarkan, OH!SOME berkembang pesat dengan lebih 140 cawangan di rantau ini, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Vietnam dan Kemboja.
Di Malaysia sahaja, OH!SOME sudah berada di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Perak dan Sabah – ini sekaligus memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi runcit pilihan untuk mereka yang mengikuti gaya hidup sohor kini.

Sempena ulang tahun pertama, OH!SOME melancarkan aplikasi baharu yang membolehkan pengguna menikmati ganjaran eksklusif sepanjang Ogos 2025. Ia telahpun tersedia di kedai atas-talian App Store dan Play Store.
Antara tawaran termasuk potongan RM3 dengan perbelanjaan minimum RM40 apabila mendaftar di kedai, kupon mengikut kategori, serta peluang menebus hadiah ulang tahun edisi terhad dengan mata ganjaran.
Ahli yang menjemput rakan baharu turut menerima ganjaran istimewa, di samping menikmati kelebihan berterusan seperti penebusan hadiah, keistimewaan hari lahir dan akses ke bengkel eksklusif.

Membawa Pengalaman Pembelian Ke Tahap Baharu
OH!SOME dikenali bukan sahaja kerana variasi produknya – daripada penjagaan kecantikan, koleksi IP, alat tulis hingga perkakasan rumah – tetapi juga pengalaman membeli-belah yang interaktif. Elemen seperti mesin cakar dan mesin kapsul menjadikan setiap kunjungan menyeronokkan serta sesuai dikongsi di media sosial.
Tahun ini, OH!SOME turut memperkenalkan dua sub-jenama baharu, funfunland, iaitu ruang DIY untuk memperibadikan mainan plush, dan DODPLEY yang merupakan tempat pembeli boleh mencipta balang figura mini.
Kolaborasi Dengan IP Global
Jenama ini juga mengukuhkan daya tarikannya dengan kolaborasi bersama IP global seperti Disney serta kerjasama kreatif dengan artis serantau, antaranya Kong Andri dari Indonesia yang memperkenalkan koleksi Owange Boy edisi terhad.

Di peringkat serantau, sambutan ulang tahun turut diwarnai aktiviti kreatif. Di Singapura, trak kuning ikonik OH!SOME singgah di lokasi popular seperti Suntec City, Bugis Junction, Raffles City dan Marina Bay Sands, bertukar menjadi lokasi foto bergerak untuk pengunjung.
Di Indonesia pula, pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah termasuk percutian ke Dubai dan memenangi peranti Apple.
Dengan lebih 140 cawangan dan terus berkembang, OH!SOME mengekalkan konsep runcit yang menggabungkan membeli-belah, hiburan, dan hubungan sosial. Di Malaysia, jenama ini komited untuk membawa lebih banyak pengalaman menyeronokkan dan bermakna kepada komuniti tempatan.