Harga Kopi Lucky Cup Malaysia Bermula RM3.50 – Jenama Baharu Dari Mixue
Lina Rosli
Kalau sebut saja Mixue, ramai akan terbayang minuman teh hijau ais krim vanila yang viral dan murah itu. Namun kali ini, jenama popular dari China itu melangkah ke arena baharu dengan memperkenalkan Lucky Cup – sebuah kedai kopi yang baru sahaja membuka cawangan pertamanya di Puchong, Selangor.
Lucky Cup hadir dengan konsep kopi bajet yang menyasarkan generasi muda serta pencinta kopi yang mahukan pilihan minuman pada harga mampu milik. Di China, Lucky Cup terkenal kerana menawarkan kopi pada harga yang sangat kompetitif — jauh lebih rendah berbanding pesaing besar yang lain.

Bagi pasaran Malaysia, Lucky Cup menampilkan variasi pilihan menu – dari kopi, matcha sehingga ke minuman buah-buahan. Berdasarkan perkongsian, harga jualan di dalam menu minuman Lucky Cup adalah bermula serendah RM3.50 untuk minuman Lemon Segar Kopi.
Manakala harga minuman lain seperti Americano (RM4.50), Caffe Latte (RM6), Strawberry Latte (RM6.50) dan Matcha Latte (RM7.50) – yang turut mengekalkan julat harga mampu milik antara RM4 hingga RM8.


Pelancaran Lucky Cup di Malaysia juga dilihat sebagai langkah percubaan pertama untuk rantau Asia Tenggara, dengan sasaran sekurang-kurangnya 5 cawangan pertama sebelum memperluaskan rangkaian bergantung pada sambutan pengguna.