adidas Memperlihatkan Siluet Ikonik Superstar Di Pavilion Kuala Lumpur
Lina Rosli
adidas Malaysia meraikan kejayaan siluet ikonik Superstar dengan penganjuran acara istimewa di Pavilion Kuala Lumpur.
Bermula dari 27 Ogos hingga 1 September 2025, para pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dunia Superstar yang telah melakar sejarah dalam sukan, fesyen dan muzik sejak ia mula diperkenalkan.


Untuk acara adidas Superstar: The Original Showcase ini, ia diadakan di Centre Court di aras 2. Acara ini menampilkan pelbagai zon interaktif termasuk Superstar Game Zone untuk aktiviti berasaskan sukan, Superstar Sound Booth bagi mereka yang ingin menguji kreativiti dalam dunia muzik, serta Superstar Café untuk menikmati sajian istimewa bertemakan jenama.
Selain itu, terdapat juga Made For You Counter yang membolehkan pengunjung meneroka gaya ekspresi diri dengan sentuhan peribadi mereka tersendiri.

Lebih daripada sekadar kasut, Adidas Superstar diraikan sebagai simbol budaya yang merentasi generasi – daripada gelanggang sukan, ke jalanan sehinggalah ke pentas muzik. Melalui acara ini, Adidas menjemput komuniti tempatan untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut dan meraikan semangat asal yang masih relevan hingga kini.

Acara Superstar: The Original ini terbuka kepada orang ramai dan menjadi ruang untuk pengunjung menikmati pengalaman gaya hidup, seni, serta budaya jalanan yang menjadi tunjang kepada legasi adidas Superstar.