Merakam Warna-Warni Kuala Lumpur Dengan vivo V60
Bat
Merdeka adalah lebih daripada sekadar tarikh. Ia adalah perasaan yang hadir pada wajah, warna dan rasa yang kita temui setiap hari. Tahun ini, vivo membawa kami menyusuri Kuala Lumpur untuk merakam detik-detik penuh makna itu melalui lensa vivo V60. Dengan gabungan teknologi ZEISS dan kreativiti yang tidak terbatas, telefon pintar ini menjadi teman bercerita yang membolehkan setiap momen diabadikan dengan penuh emosi.

Keserian ZEISS Multifocal Portrait
Perjalanan kami bermula di Petaling Street, sebuah kawasan yang tidak pernah sunyi dengan hiruk pikuk manusia. Lorong-lorongnya dipenuhi warna, aroma makanan jalanan dan senyuman vendor yang ramah. Di sinilah vivo mengadakan pertandingan fotografi bersempena Merdeka, dengan cabaran memburu warna merah, putih, biru dan kuning yang melambangkan bendera Malaysia. Kami juga berkesempatan menyertai cabaran ini, menyelami semangat Merdeka dari balik lensa potret.


Dengan menggunakan mod 85mm dan 100mm pada vivo V60, setiap wajah yang dirakam kelihatan tajam, penuh kedalaman, seolah-olah setiap ekspresi memiliki cerita tersendiri. Dengan potret pengunjung yang terpesona di suasana pasar, semuanya diabadikan dengan komposisi yang intim. Ia bukan sekadar gambar, tetapi bingkai kehidupan yang membisikkan emosi jalanan Kuala Lumpur.


Perjalanan diteruskan ke KLCC, mercu tanda kebanggaan negara. Dari kaki Menara Berkembar, kami mencuba lagi potret menggunakan ZEISS Multifocal Portrait. Hasilnya begitu dramatik, menonjolkan kontras antara seni bina moden dengan semangat warga kota. Setiap foto bukan sekadar menunjukkan menara yang menjulang tinggi, tetapi turut merakam keterujaan pengunjung yang hadir di sekitarnya.


Di Tasik Titiwangsa pula, ketenangan air berpadu dengan bayangan bangunan pencakar langit di kejauhan. Dengan sentuhan 85mm dan 100mm, suasana damai tasik ini seolah-olah dilukis semula dalam bentuk visual yang penuh nuansa puitis. vivo V60 berjaya merakam keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan moden, menjadikan setiap tangkapan berasa seolah-olah sebuah poskad hidup dari Kuala Lumpur.


Kepintaran 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera
Santapan tengah hari kami berlangsung di De.Wan, diiringi persembahan zapin yang memukau. Iringan muzik tradisional dan lenggok tarian yang penuh emosi menjadi momen paling istimewa. Dari jarak jauh, kami juga berkesempatan merakam persembahan ini menggunakan 50 MP ZEISS Super Telephoto dengan 10x zoom. Ekspresi penari, pergerakan tangan dan riak wajah mereka kelihatan jelas tanpa perlu mendekati pentas.


Lebih menarik, untuk mendapatkan hasil gambar seakan-akan berada di konsert, kamera vivo V60 turut menawarkan Stage Mode Filter yang menyerlahkan butiran wajah, pakaian dan pencahayaan pentas. Setiap tangkapan terasa hidup, seolah-olah kami berdiri di barisan hadapan, merasai sendiri kehangatan persembahan.
Selepas itu, perjalanan kami diteruskan ke Jadi Batek, bengkel seni tradisional yang terkenal dengan hasil batiknya. Kami juga berkesempatan melihat dan mencuba sendiri proses menghasilkan corak batik bersama artisan tempatan. Dengan bantuan 85mm dan 100mm portrait mode, setiap titisan lilin, warna, dan sapuan berus dirakam dengan penuh ketelitian. Gambar-gambar yang terhasil bukan sahaja mempamerkan keindahan batik, tetapi turut menyimpan warisan budaya dalam bentuk visual yang hidup.




Sebelum tirai acara dilabuhkan, kami juga berkesempatan mendengar perkongsian daripada Diane Villadsen, seorang jurufoto potret kreatif, serta Celine, Senior Product Manager vivo. Mereka menjelaskan bagaimana focal length berbeza mampu mencipta suasana yang berbeza dalam fotografi, serta bagaimana depth of field memberi impak emosi yang lebih mendalam. Kata mereka, vivo V60 bukan hanya sebuah peranti teknologi, tetapi alat bercerita yang membolehkan kita merakam wajah dan citarasa dengan perspektif yang lebih intim.

Mengabadikan Semangat Merdeka
Acara kemuncak ditutup dengan pengumuman pemenang pertandingan fotografi di Petaling Street. Tiga peserta yang berjaya menampilkan kreativiti mereka dipilih sebagai pemenang, masing-masing membawa pulang seutas White vivo Watch GT. Namun lebih daripada hadiah, pengalaman inilah yang menjadi memori terindah sebuah perjalanan yang mengajar kami bahawa fotografi bukan sekadar rakaman imej, tetapi cara untuk menghidupkan semula detik-detik penuh makna.
Dengan vivo V60, setiap gambar adalah sebuah cerita. Setiap potret adalah emosi yang dibekukan dalam masa. Dan setiap hasil tangkapan menjadi bukti bahawa semangat Malaysia boleh dirakam, disimpan, dan dikongsi untuk generasi seterusnya. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan telefon pintar vivo V60 ini bermula daripada RM1,999.
Penafian: Ini adalah artikel advertorial untuk vivo Malaysia