Supamala, Jenama Hotpot Halal Dari Malaysia Kini Buka Cawangan Ketiga Di Bangsar Shopping Centre
Lina Rosli
Jika anda lihat, budaya menikmati hidangan hotpot kini semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia, daripada santapan tengah hari hingga ke lewat malam. Mengambil peluang ini, Supamala kini merasmikan pembukaan cawangan ketiganya di Bangsar Shopping Centre (BSC).
Dengan keluasan 6,500 kaki persegi, cawangan baharu ini merupakan yang kedua terbesar selepas lokasi pertama di Sunway Pyramid. Rekaan dalaman menampilkan sentuhan moden dan selesa, seiring dengan konsep “makan bersama” yang menjadi identiti Supamala. Restoran ini mempunyai kapasiti lebih 140 tempat duduk dan 10 bilik VIP peribadi, yang mampu memuatkan antara 4 hingga 10 orang setiap satu.


Walaupun populariti hotpot semakin meluas, pilihan halal masih lagi terhad di Malaysia. Oleh itu, Supamala komited dalam mendapatkan piawaian halal. Cawangan Bangsar kini sedang menunggu kelulusan pensijilan halal, manakala cawangan Sunway Pyramid telah pun diiktiraf halal sepenuhnya.
Menu di cawangan baharu ini menampilkan lima set bufet dengan harga bermula RM38.90 untuk Set Makan Tengah Hari atau Supper. Antara pilihan popular termasuk Meaty Buffet Set serta set mewah Supaluxury Buffet Set. Bukan itu sahaja, Supamala turut hadir dengan 100 pilihan à la carte, daripada variasi kuah sup istimewa hingga pencuci mulut kreatif, bagi melengkapkan pengalaman gastronomi yang menyeluruh.

Sempena pembukaan, Supamala memperkenalkan Supa Lucky Wheel yang mana setiap pembelian set bufet sepanjang September 2025 melayakkan pelanggan memenangi hadiah menarik seperti naik taraf bufet ataupun mendapatkan Vanilla Crepe Cake, Musang King Cendol atau minuman istimewa.

Apa yang menarik, bagi hadiah utama untuk Supa Lucky Wheel, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan satu set Supaluxury Buffet bernilai RM189.90, manakala untuk hadiah khas pula satu set All-in-One Buffet bernilai RM99.90 menanti pelanggan bertuah.
Dengan ruang yang luas, tawaran menarik serta komitmen terhadap pilihan halal, Supamala Bangsar dijangka menjadi destinasi hotpot pilihan baharu di ibu kota.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, pelanggan boleh mengunjungi laman rasmi Supamala di Facebook, Instagram, dan TikTok (@Supamalahotpotmy) atau hubungi talian +6016 953 4879.