BEUTEA Raikan Perjalanan Halal Dan Ulang Tahun Ke-3 Dengan Pelancaran Passion Fruit Milk Tea
Lina Rosli
BEUTEA, jenama minuman berasaskan teh dari Malaysia, baru-baru ini meraikan satu pencapaian bermakna apabila mereka secara rasmi mengumumkan perjalanan halal mereka. Pada masa yang sama, BEUTEA turut memperkenalkan minuman baharu yang menyegarkan iaitu Passion Fruit Milk Tea, sekaligus menjadikan sambutan kali ini lebih istimewa.
Untuk siri minuman baharu ini, Passion Fruit Milk Tea menawarkan kombinasi tropika manis dan masam yang digabungkan dengan rasa berkrim daripada susu — menjadikannya pilihan tepat untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang segar dan berbeza. Bagi yang ingin mencuba, pilihan minuman ini ditawarkan pada harga bermula RM8.90, khusus untuk pembelian menerusi aplikasi BEUTEA.

Bagi yang belum mengetahui, BEUTEA mula membuka lembaran pertama pada November 2023 dengan kedai sulung di Pulau Pinang. Walaupun baru berusia tiga tahun, jenama ini berjaya berkembang pesat dengan sokongan pelanggan tempatan yang semakin menggemari minuman teh moden.
Langkah awal ini menandakan permulaan kepada visi mereka iaitu menyatukan warisan teh tradisional dengan gaya minuman moden yang segar dan kreatif. Dengan dukungan daripada induk syarikat, Oriental Kopi, BEUTEA dilihat menerima perhatian dan sambutan yang baik dari rakyat tempatan kerana membawa kelainan dalam dunia minuman.

Dari hanya satu cawangan di Pulau Pinang, BEUTEA kini terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran. Sehingga September 2025, mereka sudah mempunyai sekitar 70 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk cawangan mercu mereka yang dikenali ramai iaitu BEUTEA Heritage Store di Petaling Street, serta beberapa kedai konsep dengan rekaan unik.
Selain cawangan yang semakin meluas, BEUTEA juga terkenal dengan inovasi pada menu. Antara pilihan yang menjadi kegemaran pelanggan termasuk Golden Guan Yin Milk Tea dan Fruit Veggie Tea Series yang menggabungkan teh premium bersama buah dan sayur segar.

Dengan usaha menyatukan warisan teh tradisional Cina yang bersama dengan elemen visual kontemporari menjadikan setiap kunjungan ke BEUTEA bukan sekadar membeli minuman, tetapi sebuah pengalaman gaya hidup yang diperibadikan.
Kini, dengan pensijilan halal, BEUTEA menambahkan lagi keyakinan pelanggan Muslim dan membuktikan komitmen mereka untuk mengekalkan kualiti serta piawaian yang tinggi.