Pentavite Dilancarkan Di Malaysia – Kini Hadir Dengan Pendekatan Baharu Untuk Kulit Berseri
Lina Rosli
Jenama kesihatan terkemuka dari Australia, Pentavite secara rasmi membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian trio suplemen kecantikan berasaskan sains.
Bagi yang tidak mengetahui, Pentavite mempunyai pengalaman lebih 85 tahun dalam bidang pemakanan – dan kini mereka memperluaskan komitmennya dalam penjagaan kulit moden melalui penyelesaian yang menyokong keperluan gaya hidup.

Untuk pasaran Malaysia, Pentavite menekankan pendekatan berbeza berbanding penjagaan kulit konvensional — kecantikan bermula dari dalam, iaitu melalui nutrisi sasaran yang menguatkan kulit dari dalaman, bukan hanya dengan produk luaran.
Tiga Suplemen Kecantikan Utama Oleh Pentavite
- Pentavite Glutathione Plus Grape Seed & White Tomato – Diformulasikan untuk membantu mencerahkan kulit dan mendapatkan tona lebih sekata. Mengandungi ekstrak biji anggur dan zaitun yang 15 kali lebih kuat daripada Vitamin E yang mana ia berfungsi melawan kulit kusam serta sesuai untuk kulit letih, matang atau yang rosak akibat cahaya matahari.
- Pentavite Collagen Plus Pomegranate & Raspberry – Produk kunyahan ini menyasarkan keanjalan dan kelembapan kulit. Ia menggunakan delima merah Elche dari Sepanyol bersama ekstrak raspberi kaya antioksidan, berfungsi mengurangkan melanin, meningkatkan pengekalan kelembapan, serta mengembalikan keremajaan kulit.
- Pentavite Niacinamide Plus dengan Vitamin C & E – Direka untuk perlindungan kulit terhadap pendedahan harian cahaya matahari. Formula ini menetralkan radikal bebas, menguatkan lapisan pelindung kulit, dan membantu mengekalkan kulit sihat serta berseri walaupun di bawah sinaran UV tropika.


Selain trio kecantikan ini, Pentavite turut memperkenalkan Pentavite Zinc, formula penyerapan tinggi yang menyokong penyembuhan kulit, penghasilan kolagen dan sistem imun tubuh.
Dengan pelancaran ini, Pentavite bukan sahaja membawa inovasi saintifik dalam kategori kecantikan, tetapi juga menegaskan visinya untuk memperkasakan individu agar tampil yakin, sihat dan berseri dari dalam ke luar.
Bagi anda yang berminat, trio suplemen kecantikan baharu boleh didapati menerusi pembelian di laman web Pentavite – dan anda juga boleh mengikuti Facebook dan Instagram rasmi Pentavite untuk mengetahui tentang suplemen mereka dengan lebih lanjut.