WonderLab x STEP8IGHT Plus Memperkenalkan Koleksi Wangian SCT
Lina Rosli
WonderLab, rangkaian penjagaan kulit di bawah jenama Cuckoo kini mula melangkah ke dunia wangian – menerusi kolaborasi bersama STEP8IGHT Plus.
Untuk kerjasama WonderLab x STEP8IGHT Plus ini menampilkan koleksi semburan badan beraroma yang diberi nama SCT (Scent Creation Timeline). Koleksi ini mengetengahkan idea bahawa bau bukan sekadar haruman, tapi memori dan ekspresi diri.
SCT hadir dengan dua pilihan variasi iaitu SCT.806 Impression Sunrise 1872 dan SCT.807 The Starry Night 1889 — masing-masing diinspirasikan daripada karya seni ikonik yang merakam detik penuh makna dalam sejarah.

SCT.806 mengambil inspirasi daripada lukisan Impression, Sunrise oleh Claude Monet. Harumannya segar dengan campuran markisa, strawberi dan peoni, membawa rasa pagi yang cerah dan penuh permulaan baharu.
Sementara itu, SCT.807 pula memberi penghormatan kepada The Starry Night karya Vincent van Gogh – wangian yang lebih dalam, misteri dan introspektif, dengan nota tembakau, tonka dan sentuhan kayuan.


Bukan sekadar semburan badan untuk menyegar dan melembap, SCT turut diperkenalkan untuk menghidupkan semula kenangan serta mencetuskan emosi yang mungkin pernah hilang ditelan masa.
Untuk mendapatkannya, debut eksklusif koleksi ini sedang berlangsung di SC8NT Pop-Up di The Starhill KL bermula 1 hingga 7 September 2025. Pop-up ini bukan sekadar ruang pameran, tapi sebuah pengalaman imersif avant-garde yang menggabungkan seni, aroma, dan ekspresi diri. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti kreatif, cabutan bertuah, malah konsert mini khas pada 6 September.