Bath & Body Works Sudah 10 Tahun Di Malaysia – Kini Mempunyai 54 Cawangan Di Seluruh Negara

September 3, 2025
Gaya Hidup

Bat

Jenama gaya hidup terkenal dari Amerika Syarikat, Bath & Body Works kini meraikan satu dekad kehadirannya di Malaysia. Sejak membuka pintu cawangan pertamanya pada tahun 2014, jenama ini terus mendapat tempat di hati pengguna tempatan sehingga kini mengukuhkan kedudukannya dengan 54 cawangan di seluruh negara.

Selama 10 tahun, Bath & Body Works menjadi pilihan utama untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang menggemari koleksi wangian, lilin aromaterapi, losyen badan serta rangkaian penjagaan diri yang ikonik.

Oleh itu, bersempena dengan sambutan ini, sebuah pameran istimewa teah dianjurkan di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Bagi anda yang ingin berkunjung dan ingin menerokai pameran ini, ia akan berlangsung dari 3 September hingga 14 September 2025.

Di acara ini, pengunjung akan dibawa ke sebuah dunia haruman dengan dekorasi interaktif, sudut bergambar dan Candy Bar yang menarik. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh bergambar dan menikmati suasana yang wangi serta membawa pulang Fun Pack eksklusif.

Sempena sambutan ini, Bath & Body Works turut menawarkan hadiah menarik dengan setiap pembelian. Perbelanjaan sebanyak RM280 membolehkan pelanggan memiliki beg tote edisi terhad bersama dua patch. Dengan RM150 pula, pengunjung akan menerima krim tangan bersama charm pilihan. Malah, setiap pembelian akan diiringi dengan sebiji kek cawan ulang tahun sebagai tanda penghargaan.

Untuk pengetahuan anda, haruman ikonik Gingham menjadi tumpuan utama pameran ini. Dengan gabungan nota blue freesia, sweet clementine dan violet petals, Gingham tampil sebagai aroma segar dan ceria yang sesuai dipakai pada bila-bila masa.

Selain itu, koleksi klasik seperti Into The Night, A Thousand Wishes, Sweetest Song dan Champagne Toast turut kembali bersama koleksi lilin terbaru.

Dengan pencapaian 35 tahun di peringkat global dan satu dekad bersama rakyat Malaysia, Bath & Body Works kekal sebagai jenama yag sentiasa komited untuk menjadikan dunia lebih ceria, satu haruman pada satu masa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd