Crocs x POP MART SKULLPANDA Menampilkan Elemen Cina Kotemporari Pada Rekaan Kasut

September 23, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Crocs sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kasut kasual global dengan memperkenalkan koleksi kolaborasi baharu bersama Pop Mart menerusi siri SKULLPANDA.

Kolaborasi ini mengetengahkan inspirasi daripada elemen tradisional Timur seperti bamboo dan plum blossom, lalu diolah dengan sentuhan futuristik yang membawa pemakainya ke dalam dunia fantasi dua dimensi — hutan plum blossom bersalji dan kawasan buluh misteri.

Mengangkat gaya khas SKULLPANDA yang terkenal dengan interpretasi estetik Cina kontemporari, koleksi ini menterjemahkan semula motif klasik dalam bahasa trend moden. Dua tema utama yang ditonjolkan ialah:

#1 Snowy Plum Blossoms

Rekaan ini menggabungkan pesona tradisional dengan elemen sains fiksyen. Motif kelopak bunga plum ditampilkan dalam bentuk Jibbitz logam yang boleh ditanggalkan, seolah-olah terapung di angkasa. Ciri ikonik SKULLPANDA berbentuk helmet turut hadir pada charms, menyerlahkan imej pengembara interstellar yang menjelajah hutan bersalji. Model Crocs x SKULLPANDA Bubble Crush Clog tampil dengan warna gradien serta corak bunga plum berkilau yang mewujudkan suasana romantis.

#2 Inky Bamboo Forest

Rekaan ini pula menzahirkan estetika Timur futuristik yang penuh misteri. Warna asas hijau laut sederhana dipadankan dengan corak daun buluh berkilau yang tampak samar pada malam. Perincian seperti loket berlapis enamel dan jumbai gantung menambah nilai estetika — menjadikan setiap langkah seakan menembusi sempadan dimensi.

Kedua-dua rekaan menggunakan teknik kilauan halus pada bahagian atas untuk menyerlahkan motif buluh dan plum blossom, meniru kemasan satin jacquard yang mewah. Kombinasi material keras seperti logam pula menambah lapisan struktur baharu pada gaya klasik Crocs — memperlihatkan pertembungan unik antara tradisi dan futurisme.

Koleksi Crocs x SKULLPANDA telahpun mula dijual secara eksklusif pada 19 September 2025, dengan harga RM699 sepasang. Bagi yang berminat, ia boleh didapati melalui laman rasmi www.crocs.com.my, www.atmos-kl.com dan juga butik CROSSOVER Sunway Pyramid.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd