Adakah Tekanan Dalam Diam Menjejaskan Kesihatan Lebih Daripada Yang Anda Sedari?
Lina Rosli
Tekanan hidup bukan lagi perkara luar biasa. Dengan gaya hidup moden yang serba sibuk, fenomena ‘burnout’ kini semakin kerap dialami oleh kebanyakan individu. Perkara ini anda boleh lihat di mana ramai dalam kalangan individu yang terus memaksa diri bekerja tanpa henti, tidur lewat malam, dan mengabaikan rehat dengan alasan ia adalah perkara biasa.
Namun di sebalik rasa letih, mudah marah dan hilang fokus, sebenarnya tubuh sedang memberi isyarat bahawa tekanan berpanjangan sedang melemahkan kesihatan dari dalam – selain turut mungkin tersembunyi punca yang lebih serius: keradangan kronik.

Untuk pengetahuan anda, tekanan harian kebiasaannya bersifat sementara. Apabila punca tekanan hilang, badan akan kembali tenang. Tetapi tekanan yang berpanjangan, sama ada disebabkan masalah kewangan, trauma atau beban kerja, akan menyebabkan sistem tindak balas tubuh sentiasa ‘aktif’. Keadaan ini mencetuskan keradangan, melemahkan imuniti dan meningkatkan risiko penyakit.
Tekanan Sebagai Isu Kesihatan Awam
Tekanan kini bukan lagi isu peribadi, malah telah menjadi isu nasional. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan kes-kes kemurungan di Malaysia meningkat dua kali ganda antara 2019 hingga 2023. Pakar mengaitkannya dengan tekanan kronik dan keletihan melampau akibat kos sara hidup yang tinggi, waktu kerja tidak menentu serta jadual yang panjang.
Malangnya, tanda-tanda tekanan sering tidak disedari. Ramai menganggap ia sekadar “penat biasa”, sedangkan ia mungkin petunjuk awal keradangan dalam badan.
Apabila tekanan berterusan, kelenjar adrenal akan terus mengeluarkan hormon kortisol. Dalam jumlah kecil, kortisol membantu kita kekal peka. Namun jika berlebihan, ia mengganggu keseimbangan badan dan menjejaskan kesihatan.

Dari Kortisol Ke Keradangan Kronik
Tekanan kronik bukan sahaja mengurangkan tenaga, malah menjejaskan cara badan menyerap nutrien serta mengubah tabiat pemakanan.
Secara umumnya, tekanan boleh muncul dalam pelbagai bentuk, tetapi bagi ramai rakyat Malaysia, ia sering bermula di bahagian usus seperti refluks asid atau tabiat buang air yang tidak teratur. Keletihan juga merupakan tanda besar, terutamanya bagi orang dewasa bekerja yang perlu mengimbangi pelbagai tanggungjawab.
Bukan itu sahaja, individu yang mengalami tekanan turut mempunyai masalah tidur yang kerap, sama ada sukar melelapkan mata atau terjaga di tengah malam tanpa dapat kembali berehat. Antara tanda paling biasa bahawa tubuh berada di bawah tekanan ialah sakit kepala akibat tekanan atau migrain.
Selain kesakitan dan keletihan, tekanan juga mengubah cara badan menyerap serta menggunakan nutrien. Untuk pengetahuan anda, tekanan menyebabkan badan menggunakan nutrien lebih cepat daripada biasa dan boleh mengurangkan penyerapan. Dan tanpa nutrien mencukupi, badan anda sukar mengawal keradangan dan memperbaiki tisu yang rosak.

Tekanan juga mendorong keinginan terhadap makanan segera tinggi gula, karbohidrat ditapis dan lemak kerana tubuh sedang bersedia untuk tindak balas ‘fight or flight’. Malangnya, diet rakyat Malaysia secara purata tidak membantu.
Untuk pengetahuan anda juga, pakar turut mendapati yang mana 95% rakyat Malaysia tidak makan sayur-sayuran mencukupi. Hidangan berat biasanya berpaksikan nasi, mi dan protein – dan tidak mendapatkan sayur-sayuran, buah-buahan atau kekacang yang bersesuaian. Ini sekaligus menjadikan individu kurang memperoleh serat dan antioksidan – nutrien penting yang diperlukan bakteria usus untuk menghasilkan sebatian anti-radang.
Akibatnya, masalah kecil mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Selsema berlarutan, ketidakselesaan usus berpanjangan, tenaga tidak kembali sepenuhnya. Lama-kelamaan, kerosakan semakin mendalam dengan jangkitan berulang, ketidakseimbangan hormon, masalah kulit serta risiko penyakit kronik yang lebih tinggi.
5 Cara Mudah Mengurangkan Tekanan
Secara umumnya, untuk memastikan tubuh dan minda kekal sihat, individu tidak perlu melakukan perubahan yang drastik sama ada pada fizikal ataupun mental. Langkah yang kecil tetapi konsisten mampu membantu tubuh menangani tekanan. Antara yang boleh diamalkan ialah:
- Berjalan 10 minit pada waktu pagi – Cahaya matahari dan pergerakan ringan membantu mengawal kortisol serta meningkatkan kualiti tidur.
- Amalkan pernafasan dalam selama 2 minit – Ini bagi mengaktifkan sistem relaksasi badan.
- Kekalkan pemakanan seimbang – Sayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak dan lemak sihat menambah tenaga serta melindungi badan daripada keradangan.
- Pertimbangkan sokongan suplemen – Jika gaya hidup sibuk menyukarkan anda untuk mengambil diet seimbang, pengambilan suplemen boleh membantu. LAC Malaysia menawarkan rangkaian produk seperti:
- LAC Masquelier’s® French Pine Bark Extract – antioksidan 20 kali lebih kuat daripada vitamin C.
- LAC Probiotic Complex 25 Billion CFUs – menyokong kesihatan penghadaman dan penyerapan nutrien.
- LAC Primax Fish Oil 1468mg – menyokong kesihatan jantung dan peredaran darah.
- LAC Magnesium Bisglycinate 556mg – membantu relaksasi dan melegakan ketegangan otot.
- Rehatkan mata daripada skrin – Tukar tabiat menghadap telefon pintar dengan membaca buku atau regangan ringan. Tidak dinafikan, media sosial sering memberi ilusi rehat, tetapi hakikatnya ia sebenarnya menambah tekanan.

Akhir sekali, tekanan mungkin tidak dapat dielakkan, namun kesannya boleh dikawal. Dengan peka terhadap isyarat tubuh dan mengambil tindakan kecil setiap hari, anda boleh berubah daripada sekadar bertahan kepada benar-benar menjaga kesihatan.