IKEA Malaysia Kini Memperoleh Sijil Halal Dari JAKIM – Untuk Semua Cawangan Swedish Restoran, Kafe & Bistro

September 24, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Baru-baru ini IKEA Malaysia telah mengumumkan yang mana semua cawangan Restoran, Cafe & Bistro Swedish – iaitu di IKEA Cheras, IKEA Damansara, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan kini sudahpun memperoleh sijil halal dari JAKIM

Pencapaian ini secara rasmi mengiktiraf amalan halal yang telah lama diangkat di IKEA Malaysia, serta mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap setiap hidangan yang disajikan.

Menurut IKEA, selama hampir tiga dekad, prinsip halal ini telahpun menjadi panduan IKEA dalam penyediaan makanan di Malaysia – bermula daripada perolehan bahan-bahan yang diperakui halal, pematuhan piawaian penyediaan yang teliti sehingga ke larangan tegas terhadap penggunaan bahan-bahan yang tidak dibenarkan.

Tambah mereka lagi, pensijilan halal ini diperoleh selepas melalui pelbagai proses dan pemeriksaan yang kerta oleh JAKIM yang mana ia merangkumi pengesanan sumber bahan makanan, proses kerja dapur dan juga latihan kakitangan.

Dengan adanya sijil halal ini, nampaknya individu Muslim di Malaysia tidak lagi perlu ragu-ragu akan kebersihan dan kesucian bahan yang digunakan oleh seluruh IKEA Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd