CHAGEE x POPMART – Rasai Kesegaran Siri Minuman Green Grape Milk Tea Bersama HACIPUPU
Lina Rosli
CHAGEE sekali lagi tampil dengan inovasi baharu melalui kolaborasi bersama jenama figura koleksi global, POPMART, dengan memperkenalkan watak maskot istimewa iaitu HACIPUPU.
Kempen ini diraikan bersempena pelancaran siri terbaharu Green Grape Milk Tea yang kini menjadi minuman utama dalam rangkaian CHAGEE.
Bagi yang tidka mengetahui, siri Green Grape Milk Tea menampilkan kombinasi teh hijau premium yang dipadukan dengan kelembutan susu, disertai rasa manis semula jadi anggur hijau. Ia merupakan pilihan hidangan yang ringan, menyegarkan dan sesuai dinikmati oleh pencinta teh yang mahukan keseimbangan rasa berkrim serta buah-buahan segar.

HACIPUPU Sebagai Maskot Istimewa CHAGEE
Watak HACIPUPU diperkenalkan sebagai simbol keberanian dan semangat positif, seiring dengan pengalaman menikmati Green Grape Milk Tea. Karakter ini digambarkan dengan gaya riang, menyerupai tenaga dan keceriaan yang ingin ditonjolkan dalam kempen CHAGEE.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, CHAGEE dan POPMART mengadakan Pop Up eksklusif di North Atrium, The Gardens Mall, Kuala Lumpur, dari 29 September hingga 5 Oktober 2025.
Pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman interaktif bertemakan tenis bersama HACIPUPU, di samping menikmati siri Green Grape yang ditawarkan secara eksklusif sepanjang tempoh ini.


Selain minuman baharu, Pop Up ini turut menampilkan beberapa zon interaktif, koleksi memorabilia, serta suasana bertema yang direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan. Ia juga menjadi ruang bagi pengunjung untuk berkumpul, bersosial, dan menikmati minuman istimewa CHAGEE dalam suasana unik yang jarang ditawarkan.