Continental Tyre Kini Bawa General Tire Untuk Pasaran Malaysia
Lina Rosli
Bagi mereka yang sering mencari tayar yang tahan lasak, bergaya dan boleh dipercayai dalam apa jua keadaan jalan raya, kini hadir satu jenama global dengan legasi lebih 100 tahun – General Tire, yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh Continental Tyre Malaysia.
Jenama ini bukan nama baharu di arena global. General Tire telahpun ditubuhkan sejak 1915 dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak 1987. Ia dikenali dengan DNA yang menekankan ketahanan, kebolehpercayaan dan prestasi tahan lama. Menggabungkan pengalaman berdekad dengan teknologi Jerman daripada Continental, tayar General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu moden – sama ada yang menggunakan kereta penumpang, SUV, MPV ataupun 4×4 pickups.

Direka Untuk Pemandu Malaysia
Fasa pertama rangkaian General Tyre yang diperkenalkan di Malaysia menawarkan pilihan tayar dengan saiz bermula dari 14 hingga 20 inci. Ia meliputi segmen kenderaan paling popular di negara ini, daripada kereta harian di bandar sehinggalah SUV keluarga dan kenderaan pacuan empat roda untuk pengembara jalan lasak.
Rangkaian Produk | Ciri-ciri | Saiz Tire |
Altimax GC5 | Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien | 14 inci – 15 inci |
Altimax GS6 | Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama | 15 inci – 19 inci |
Grabber AT6 | Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah | 16 inci – 18 inci |
Grabber HT6 | Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama | 16 inci – 20 inci |


Menurut General Tire juga Jenama ini menyasarkan golongan yang aktif dengan pemanduan di jalan raya – sama ada menempuh kesibukan bandar, melakukan perjalanan jauh pulang ke kampung, atau mencabar laluan off-road pada hujung minggu.
Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.
Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web rasmi mereka di https://www.generaltire-tyres.com/my/en/.