Luckin Coffee Memperkenalkan Pilihan Minuman Baharu Berasaskan Pic

October 3, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Untuk bulan Oktober ini, Luckin Coffee membawa kejutan manis untuk para pencinta kopi dan minuman segar dengan pelancaran siri edisi terhad berinspirasikan buah pic yang dinamakan Pretty in Pink.

Koleksi ini menampilkan empat pilihan minuman yang menyatukan rasa kopi, teh serta kesegaran buah pic dalam kombinasi yang unik dan moden — sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang ringan, menyegarkan, dan penuh gaya.

Antara menu baharu yang diperkenalkan termasuk:

  • Peach Americano (RM13.00) – gabungan espresso pekat dengan rasa pic yang manis untuk keseimbangan pahit-manis sempurna.
  • Peach Fizzy Americano (RM15.00) – hadir dengan sentuhan berkarbonat yang menyegarkan.
  • Peach Jasmine Frappe (RM17.00) – pilihan minuman ais kisar hadir dengan aroma teh melati yang lembut.
  • Peach Refresher (RM15.00) – merupakan pilihan minuman pic dengan ais.

Dengan pelancaran siri ini, Luckin Coffee cuba memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan yang bukan sahaja meminati kopi, tetapi juga mereka yang gemarkan minuman buah-buahan moden yang seimbang antara rasa manis, segar dan berani.

Bagi yang ingin mencuba, siri Pretty in Pink boleh didapati di semua cawangan Luckin Coffee serta kini lebih mudah diakses melalui GrabFood. Dengan kehadiran Luckin Coffee di platform GrabFood, ia sekaligus membolehkan pelanggan menikmati pilihan minuman dan menu jenama tersebut terus dari rumah atau pejabat tanpa perlu ke cawangan fizikal.

Setakat ini, hanya 13 cawangan Luckin Coffee sahaja yang boleh diakses iaitu di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd