Khairul Aming Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records Melalui Jualan 1 Juta Pek Rendang Nyet Berapi Dalam Masa 19 Saat

October 9, 2025
fakta menarik

Lina Rosli

Usahawan dan pencipta kandungan digital terkenal, Khairul Aming, sekali lagi mencipta sejarah apabila jenama beliau, RASAPOP, berjaya mencatat jualan bernilai RM1 juta dalam masa 19 saat melalui sesi TikTok Shop Livestream terbarunya.

Pencapaian luar biasa ini telah diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records sebagai “Fastest RM1 Million Sales On TikTok Shop Livestream”.

Pengiktirafan ini bukan sahaja menandakan kejayaan peribadi Khairul Aming, malah menjadi satu bukti nyata terhadap kekuatan jenama, kualiti produk, dan sokongan padu yang diterima daripada pengikut setianya.

Untuk pengetahuan anda, produk makanan sedia dimakan Rendang Nyet Berapi ini telahpun dilancarkan pada 8 Ogos 2025 secara langsung di platform TikTok Shop.

Pelancaran Rendang Nyet Berapi ini dilihat sebagai lanjutan kejayaan produk terdahulu seperti Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi yang sebelum ini mencatatkan jualan luar biasa di platform edagang seperti Shopee dan juga TikTok.

Untuk Rendang Nyet Berapi ini, ia diperkenalkan sebagai rendang ayam yang dimasak menggunakan resipi tradisional, namun dengan olahan moden yang mengekalkan kepekatan rasa dan keunikan rempah tempatan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd