ZUS Coffee Memperkenalkan Biji Kopi Baharu Untuk Pilihan SOE – Kenya Ndiaini

October 9, 2025
Kopi

Lina Rosli

ZUS Coffee kini memperluaskan pilihan kopi istimewanya dengan memperkenalkan biji kopi baharu bagi kategori Single Origin Espresso (SOE) — Kenya Ndiaini.

Untuk pengetahuan anda, biji kopi Kenya Ndiaini ini berasal dari ladang kecil di daerah Ndiaini, Kenya, yang terletak pada ketinggian sekitar 1,815 meter dari paras laut. Apa yang menariknya, biji kopi ini menawarkan pengalaman rasa yang unik untuk pencinta kopi tempatan.

Setiap biji kopi Kenya Ndiaini dipetik secara manual bagi memastikan hanya ceri kopi yang paling masak dan berkualiti tinggi dipilih. Ia kemudiannya diproses menggunakan kaedah cucian sepenuhnya dan dipanggang sehingga medium roast, bagi mengekalkan keseimbangan antara rasa, aroma serta tekstur yang lembut di lidah.

Oleh itu, Kenya Ndiaini menampilkan profil rasa yang seimbang — dengan tekstur lembut berkrim, keasidan sitrus yang menyegarkan, serta aroma buah-buahan manis yang mengingatkan kepada beri ranum di bawah sinaran matahari.

Menurut ZUS Coffee, Kenya Ndiaini hadir dengan pengalaman rasa yang berbeza yag mana lembut dan beraroma vanila, bunga serta blackcurrant apabila dinikmati bersama susu, namun tampil dengan profil rasa yang lebih berani iaitu aroma gula perang dan bunga apabila disajikan tanpa susu.

Pelancaran varian ini menandakan usaha berterusan ZUS Coffee untuk memperkenalkan pengalaman minum kopi yang lebih mendalam dan beridentiti, sekaligus memperkukuh reputasinya sebagai jenama kopi tempatan yang menghargai keaslian serta ketelitian dalam setiap cawan yang disajikan.

Bagi yang berminat, biji kopi Kenya Ndiaini kini boleh didapati secara eksklusif di 170 cawangan ZUS Coffee di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan terdekat dan ketersediaan menu, pelanggan boleh membuat semakan menerusi ZUS App.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd