HOYA Memperkenalkan Sensity Colours – Kanta Pintar Dengan Sentuhan Gaya

October 13, 2025
Fesyen

Bat

HOYA Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Sensity Colours, koleksi kanta fotokromik terbaharu yang bukan sahaja melindungi mata daripada sinaran UV, tetapi juga tampil bergaya dengan pilihan warna yang menawan.

Menggunakan teknologi fotokromik HOYA yang terkenal, Sensity Colours mampu menukar tona secara automatik mengikut keadaan pencahayaan. Sama ada di bawah terik matahari atau di ruang dalaman yang redup, kanta ini memberikan penglihatan yang jelas dan selesa tanpa perlu menukar cermin mata.

Direka untuk gaya hidup moden dan aktif, kanta ini sesuai untuk mereka yang sering berada di luar, gemar bersukan, atau sekadar ingin menjalani hari-hari biasa dengan keselesaan maksimum.

Koleksi Sensity Colours hadir dalam enam pilihan rona menarik — Lovely Pink, Green Zen, Aqua Blue, Orange Splash, Energizing Orange dan Dynamic Yellow.

Setiap warna bukan sekadar pilihan gaya, tetapi turut berperanan meningkatkan keselesaan serta kejelasan penglihatan dalam pelbagai keadaan cahaya.

Bagi mereka yang sensitif terhadap silau, lapisan fotokromik khas pada kanta ini membantu mengurangkan pantulan cahaya dengan lebih berkesan. Tambahan pula, Sensity Colours menawarkan perlindungan 100% daripada sinaran UV, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan keselamatan mata.

HOYA juga turut memperkenalkan tiga lapisan tambahan — Hi-Vision SUN Pro, Light Mirror Copper, dan Light Mirror Blue.


Setiap lapisan direka untuk meningkatkan ketahanan calar, mengurangkan pantulan dan memberikan efek moden yang menambah gaya serta keyakinan pemakai.

Sensity Colours bakal tersedia di Malaysia bermula 15 Oktober 2025. Untuk maklumat lanjut, layari sensitylenses.com/my/your-sensity-options/sensity-colours/ atau hubungi wakil HOYA Vision Care.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd