Montigo Memperkenalkan Pilihan Warna Baharu Menerusi Koleksi Dreamy Gradient
Lina Rosli
Montigo memperkenalkan satu lagi koleksi baharu yang pastinya akan menarik perhatian peminat gaya minimalis dan warna lembut – Dreamy Gradient Collection.
Untuk koleksi ini, Montigo hadir dengan pilihan tona pastel yang tenang dan elegan – yang mana koleksi ini diinspirasikan oleh momen-momen lembut dalam kehidupan seharian.


Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tahan lasak, koleksi ini hadir dengan rekaan botol dan tumbler yang mengekalkan ciri utama Montigo – mengekalkan suhu minuman untuk tempoh panjang sambil tampil bergaya di mana sahaja anda berada.
Sama ada untuk kopi pagi, air kosong di gim, atau teh petang di pejabat, Dreamy Gradient menambah sentuhan tenang pada setiap detik harian.

Antara warna yang ditawarkan termasuk Peach Melon, Citrus Grape, Mint Berry dan Rose Lychee, semuanya direka untuk memberi aura lembut dan harmoni. Dan apa yang menarik, koleksi ini ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu Mega dan juga Medium yang berharga RM109.90 dan RM89.90.
Bagi peminat barangan Montigo, koleksi ini adalah pelengkap sempurna kepada koleksi sedia ada. Koleksi Dreamy Gradient kini boleh didapati melalui laman rasmi Montigo dan kedai terpilih seluruh negara.