LEGO Botanical Glasshouse Di Pavilion Kuala Lumpur – Taman Bunga Dari Bata LEGO Pertama Di Asia

October 21, 2025
Fesyen

Bat

LEGO sekali lagi menghidupkan pengalaman luar biasa di Pavilion Kuala Lumpur dengan mempersembahkan sebuah taman kaca penuh bunga yang dibina sepenuhnya menggunakan bata LEGO. Bertemakan “Awaken Your Joy”, pengalaman ini menampilkan keindahan flora dalam bentuk binaan yang menenangkan dan penuh inspirasi.

Kempen ini disasarkan kepada golongan dewasa – khususnya mereka yang igin menikmati keindahan seni bina kecil, menghargai kehalusan reka bentuk, dan mencari ruang tenang di kesibukan kota.

Antara tarikan utama ialah arca mawar merah jambu gergasi, jambatan kecil yang dikelilingi flora LEGO, serta Bonsai Garden yang mempamerkan hasil binaan kreatif daripada komuniti LEGO tempatan.

Kolaborasi Bersama MODA

LEGO turut memperluas konsep kreativitinya ke dunia fesyen melalui kolaborasi bersama Malaysian Official Designers’ Association (MODA). Kerjasama ini mempersembahkan LEGO Botanicals Fashion Show yang menampilkan rekaan busana eksklusif daripada pereka tempatan terkenal seperti Melinda Looi, Fiziwoo, Celest Thoi dan ramai lagi.

Sebanyak 22 rekaan bertemakan flora LEGO dihasilkan khas untuk acara ini, menggabungkan elemen seni bina mini LEGO dalam bentuk tekstur, warna dan hiasan fesyen sebenar. Rekaan ini akan terus dipamerkan kepada umum sepanjang acara berlangsung, memberikan sentuhan gaya dan elegan kepada ruang pameran.

Koleksi LEGO Botanicals Terbaharu

Bersempena dengan acara ini, LEGO turut memperkenalkan set terbaharu dalam koleksi Botanicals Bouquet of Pink Roses yang telah dilancarkan pada 1 Oktober 2025 lepas.


Set ini menonjolkan rona merah jambu lembut yang melambangkan kasih sayang dan penghargaan, menjadikannya hadiah bermakna buat diri sendiri atau insan tersayang.

Koleksi lain yang turut dipamerkan termasuk Roses Bouquet, Pretty Pink Flower Bouquet, Wildflower Bouquet, Flower Bouquet, Hibiscus, Japanese Red Maple Bonsai Tree, dan Happy Plants. Kesemuanya direka bagi membawa keindahan alam ke dalam ruang kediaman moden.

Koleksi kolaborasi LEGO x Herschel turut ditampilkan, menonjolkan beg dan aksesori berinspirasikan rekaan LEGO yang moden, kasual dan bergaya.

Selain pameran, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti mengumpul Pasport Lego, Poskad edisi terhad, kad Touch n Go Lego, bengkel gubahan bunga, serta promosi istimewa untuk pemegang kad Alliance Bank.

Jadi, jangan lepakan peluang untuk merasai sendiri pengalaman LEGO Botanical Glasshouse – satu gabungan antara seni, alam dan ketenangan yang jarang dapat dilihat.

Acara ini berlangsung dari 15 hingga 26 Oktober 2025 di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, layari lego.com/en-my atau ikuti LEGO Malaysia di media sosial rasmi mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd