HABIB X Zoo Negara Menampilkan Koleksi Wafer Emas 999.9 Edisi Terhad Panda, Beruang Matahari, Tapir Dan Harimau Kumbang

October 24, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Baru-baru ini, HABIB bersama-sama Zoo Negara telah hadir dengan koleksi wafer emas 999.9 terbaru yang mana ia menampilkan rekaan haiwan ikonik iaitu Panda, Harimau Kubang, Beruang Matahari dan juga Tapir.

Menurut HABIB, edisi Zoo Negara ini mengambil inspirasi dari habitat semula jadi yang disayangi ramai. Ia juga turut ditawarkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan individu tentang kepentingan dalam memuliharan haiwan-haiwan liar di Malaysia.

Bukan itu sahaja, HABIB turut mengumumkan yang mana mereka telah mendermakan sebanyak RM100,000 kepada Zoo Negra – bagi menyokong pemuliharaan dan penjagaan berterusan haiwan-haiwan di zoo terutamanya yang memerlukan penjagaan yang teliti seperti Badak Sumbu Putih termasuk Ell, Ella dan Eli.

Untuk pengetahuan anda juga, sebelum ini, HABIB X Zoo Negara telahpun hadir dengan kempen terdahulu iaitu ‘HABIB for Zoo Negara – Save our Animals’ pada tahun 2020.

Jadinya, kerjasama HABIB bersama Zoo Negara menjadi bukti kesungguhan syarikat dalam memulihara habitat semulajadi haiwan liar negara serta menyumbang terhadap usaha-usaha pemuliharaan ini.

Bagi yang berminat, keluaran istimewa ini sudah mula ditawarkan di semua bilik pameran HABIB di seluruh Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd