Jaya Grocer Signature Kini Dibuka Di KLGCC Mall — Menawarkan Pengalaman Runcit Premium Dengan Sentuhan Moden

October 24, 2025
destinasi

Lina Rosli

Baru-baru ini, Jaya Grocer telah melancarkan pembukaan cawangan baharu Jaya Grocer Signature, cawangan premium pertama jenama pasar raya tempatan terkemuka itu yang kini dibuka di KLGCC Mall. Ini merupakan cawangan ke-56 mereka di seluruh negara.

Dengan konsep yang lebih eksklusif, lokasi ini bukan sekadar tempat membeli barangan keperluan, tetapi juga sebuah destinasi gaya hidup yang menggabungkan keselesaan, kualiti dan inovasi moden.

Menurut Jaya Grocer, pengenalan versi Signature ini direka khusus untuk memenuhi cita rasa komuniti bandar yang menghargai kesegaran produk dan kemudahan membeli-belah premium.

Berbeza daripada cawangan lain, Signature menawarkan pilihan produk eksklusif yang hanya boleh didapati di cawangan ini sahaja. Salah satu tarikan utama di Jaya Grocer Signature ialah restoran laüt, ruang makan moden yang terletak di dalam pasar raya itu sendiri. Dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 10 malam, laüt bukan sekadar tempat menjamu selera tetapi juga boleh dijadikan lokasi acara peribadi atau bengkel kulinari.

Antara menu yang menarik ialah Village Park Sambal Shrimp Bao, merupakan hidangan kolaborasi bersama Village Park Nasi Lemak yang terkenal. Gabungan sambal pedas manis dan tekstur lembut bao ini menjadi simbol cita rasa tempatan dalam gaya moden.

Tidak ketinggalan, pengunjung boleh menikmati kemudahan troli pintar, paparan harga masa nyata melalui Electronic Shelf Labels (ESL), serta perkhidmatan GrabMart untuk pembelian atas talian yang memudahkan pengalaman pembelian dalam kalangan individu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd