Luckin Coffee x Butterbear Hadir Dengan Siri Minuman Baharu – Little Butter & Holiday
Lina Rosli
Menjelang musim perayaan hujung tahun ini, Luckin Coffee Malaysia memperkenalkan siri minuman terbaharu yang pasti menceriakan hari anda iaitu siri Little Butter dan Holiday. yang mana kedua-duanya merupakan kolaborasi eksklusif bersama Butterbear, watak IP popular dari Thailand.
Kolaborasi ini bukan sekadar membawa wajah comel Butterbear ke dalam kedai, tetapi juga memperkukuh komitmen Luckin Coffee dalam menghadirkan pengalaman minum kopi yang penuh makna, lembut dan menggembirakan buat rakyat Malaysia.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan dua pilihan minuman menerusi siri Little Butter bermula 7 November 2025:
- Little Butter Latte – Minuman ini menggabungkan susu berperisa mentega dan espresso pekat untuk rasa yang lembut, berkrim dan beraroma kacang yang memikat.
- Little Butter Americano – Gabungan espresso dan susu mentega yang menghasilkan rasa seimbang antara kuat dan lembut — sesuai untuk mereka yang gemar cita rasa klasik dengan sentuhan moden.

Sementara itu, gelombang kedua siri Holiday pula dijangka menambah kemeriahan hujung tahun dengan sentuhan manis dan berkrim melalui empat minuman baharu:
- Tiramisu Latte (14 November) – Latte sejuk dengan lapisan serbuk koko dan espresso pekat untuk rasa manis yang menyegarkan.
- Toffee Hazelnut Latte (5 Disember) – Minuman yang menggabungkan rasa espresso, susu berkrim, dan aroma kacang hazelnut panggang.
- Joyful Cocoa (5 Disember) – Pilihan minuman coklat panas berkrim.
- Soufflé Latte (29 Disember) – Minuman dengan krim kastard lembut di atas espresso, memberikan pengalaman minuman seakan awan yang mewah.

Selain itu, bermula 14 November, Luckin Coffee juga memperkenalkan rangkaian kek dan pastri pertamanya di cawangan terpilih — melengkapkan pengalaman menikmati kopi dengan sentuhan manis yang baharu.
Untuk meraikan kolaborasi ini, sebanyak 12 cawangan Luckin Coffee di Lembah Klang akan berubah wajah menjadi lokasi bertemakan Butterbear yang mana lengkap dengan dekorasi khas dan figura Butterbear bersaiz besar. Pengunjung boleh menikmati minuman sambil merakam gambar di ruang bertema yang comel dan eksklusif.

Tidak cukup dengan itu, koleksi merchandise eksklusif Butterbear turut diperkenalkan termasuk pelekat (7 November), pin enamel (14 November), serta cawan seramik dan bingkai polaroid (5 Disember). Setiap item boleh didapati dengan pembelian daripada siri baharu ini.