ECCO Memperkenalkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2025 – Reka Bentuk Skandinavia Untuk Gaya Seharian
November 10, 2025
Fesyen
Lina Rosli
Bagi anda yang sedang mencari keperluan fesyen baharu menjelang hujung tahun ini, ECCO kini memperkenalkan koleksi Autumn/Winter 2025 Selects yang menonjolkan keanggunan minimalis dan ketukangan moden yang sinonim dengan reka bentuk Skandinavia.
Untuk pengetahuan anda, koleksi baharu ini menampilkan pilihan rangkaian kasut dan beg kulit premium yang mana ia menggabungkan rekaan yang mewah dan praktikal yang sesuai untuk semua suasana — sama ada untuk ke tempat kerja, bersantai hujung minggu, atau sebagai hadiah istimewa untuk musim perayaan ini.

- ECCO SCULPTED ALBA 65 W Boot (RM899) – But bertumit ini menonjol dengan potongan moden dan siluet anggun. Diperbuat daripada kulit premium yang lembut serta bertumit 65mm, ia memberikan keselesaan optimum tanpa menjejaskan gaya, menjadikannya pilihan sempurna untuk acara formal dan kasual.
- ECCO METROPOLE OSLO M GTX Boot (RM1,109) – Dihasilkan khusus untuk gaya hidup urban, but lelaki ini dilengkapi dengan teknologi GORE-TEX kalis air yang menjamin keselesaan dan ketahanan dalam apa jua cuaca. Rekaannya yang ringkas namun bergaya menjadikannya pelengkap ideal untuk pemakaian harian.
- ECCO METROPOLE SEOUL 45 W (RM839) – Kasut formal wanita ini menampilkan rekaan bersih dengan kusyen lembut bagi keselesaan sepanjang hari. Ia menawarkan gaya profesional yang halus dan mudah disesuaikan untuk pelbagai majlis.

- ECCO METRO MILAN M CHELSEA (RM869) – Klasik dengan sentuhan moden, kasut Chelsea ini diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi dengan panel sisi elastik untuk kemudahan pemakaian. Rekaannya menonjolkan kesederhanaan dan keanggunan yang sesuai untuk gaya bandar kontemporari.
- ECCO Essential Backpack L (RM1,299) – Beg galas kulit bersaiz besar ini menyeimbangkan fungsi dan gaya melalui rekaan minimalis yang elegan. Sesuai untuk kegunaan kerja atau perjalanan kerana ia menawarkan ruang simpanan yang luas dan susun atur praktikal untuk keperluan harian.
- ECCO Fortune Bag L (RM1,099) – Beg tangan kulit lembut ini direka untuk wanita moden yang menggemari gaya yang ringkas tetapi sofistikated. Beg ini hadir dengan kapasiti beg yang besar dan struktur fleksibel menjadikannya teman harian yang serbaguna.
Bagi yang berminat, koleksi Luruh/Sejuk 2025 sudahpun boleh didapati di cawangan ECCO terpilih ataupun menerusi pembelian secara atas talian melalui my.ecco.com.