Ferrero Rocher Memperkenalkan Raffaello T3 Dan Ferrero Collection T3

November 10, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bersempena musim perayaan ini, Ferrero Rocher memperkenalkan produk baharu yang direka khas untuk menambah keistimewaan pada setiap detik perayaan iaitu Raffaello T3 dan T15 serta Ferrero Collection T3.

Untuk Ferrero Raffaello T3 dan T15, ia hadir dengan gabungan harmoni antara kelapa rangup, krim lembut dan inti badam utuh. Setiap gigitan membawa kepuasan rasa yang sempurna, menjadikannya pilihan ideal untuk dinikmati sendiri atau diberikan sebagai hadiah istimewa. Dengan format T3 dan T15, Raffaello menawarkan fleksibiliti — sama ada untuk menikmatinya dalam pek kecil ataupun pek yang lebih lengkap.

Sementara itu, Ferrero Collection T3 menampilkan gabungan eksklusif Ferrero Rocher, Raffaello dan Ferrero Rondnoir dalam format T3 yang elegan. Koleksi ini menawarkan pelbagai rasa premium bagi mereka yang menghargai kepelbagaian dan kehalusan coklat, sesuai dijadikan hadiah atau untuk indulgence peribadi.

Bagi yang berminat, produk baharu Ferrero kini boleh didapati di semua pasaraya utama berdekatan anda seperti Giant, Lotus dan Aeon BIG. Selain itu, ia turut boleh dibeli farmasi dan pasar raya terpilih seperti Watson, Guardian, 7eleven, 99 Speed Mart Mini Market ataupun melalui pembelian secara atas-talian di Ferrero Official Store di Shopee dan Lazada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd