Mentholatum Lip Perfector Serum Lip Gel – Serum Bibir Inovatif Untuk Bibir Bersinar Dan Sihat Sepanjang Hari

November 12, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Mentholatum memperkenalkan Lip Perfector Serum Lip Gel, serum bibir berwarna yang menggabungkan kesan estetik dan manfaat penjagaan bibir jangka panjang.

Berbeza daripada pewarna bibir biasa, produk ini hadir dengan formula bahan aktif yang membantu melembap, memperbaiki dan menganjalkan bibir dari dalam – ini sekaligus menghasilkan bibir yang sihat dengan warna semula jadi.

Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit, menyerap dengan cepat di samping memberikan kilauan lembut dan mengekalkan kelembapan sepanjang hari.

Produk ini ditawarkan dalam dua variasi dengan fokus manfaat yang berbeza:

  • Lip Perfector Serum Lip Gel Vita Quad – Diperkaya dengan empat vitamin penting seperti A, B5, C dan E. Variasi ini membantu memperbaharui bibir, melembap, menenangkan kekeringan, dan melindungi daripada kerosakan oksida. Hasilnya, bibir menjadi lebih anjal, mulus, dan menyerlah semula jadi dengan aroma Minty Cherry yang menyegarkan.
  • Lip Perfector Serum Lip Gel Hya Collagen – Mengandungi asid hyaluronik dan kolagen untuk hidrasi berpanjangan dan keanjalan bibir. Serum ini juga turut membantu mengurangkan garis halus dan mengekalkan kelembapan sepanjang hari. Dengan ini, bibir akan kelihatan lembut, mungil dan sihat dengan aroma marshmallow manis.

Kedua-dua variasi menggunakan teknologi penyerapan mendalam bagi memastikan setiap bahan aktif menembusi lapisan bibir untuk penjagaan menyeluruh.

Disebabkan teksturnya yang lembut, ia memudahkan sapuan tanpa rasa berminyak atau melekit, sambil menghasilkan warna semula jadi yang bersinar dan melindungi bibir daripada kekeringan serta tekanan persekitaran.

Dengan harga runcit RM17.50 seunit, Mentholatum Lip Perfector Serum Lip Gel menawarkan penjagaan bibir premium pada harga mampu milik.

Bagi yang berminat, produk ini kini boleh didapati di semua farmasi utama, butik penjagaan diri, dan platform dalam talian di seluruh negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd