Festival Pelancongan Saudi 2025 Menampilkan Pakej Umrah+ Dan Diskaun Menarik Untuk Percutian

November 13, 2025
Hotel & Pelancongan

Bat

Arab Saudi kembali memikat rakyat Malaysia melalui Festival Pelancongan Saudi 2025, yang akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, dari 12 hingga 16 November 2025. Acara ini dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority – STA) bagi memperkenalkan kempen terbaharu “Winter is Alive”, yang mengetengahkan keunikan pengalaman pelancongan musim sejuk di negara tersebut.

Tahun ini, festival menampilkan 11 agensi pelancongan utama, bersama Saudia Airlines dan Touch ‘n Go Digital (TNGD) bagi menawarkan pelbagai diskaun dan ganjaran menarik kepada pengunjung.

Antara tawaran eksklusif termasuk:

  • Saudi Airlines – Diskaun sehingga 25% untuk Kelas Ekonomi dan 20% untuk Kelas Perniagaan ke Arab Saudi dan tambang istimewa ke Riyadh bermula RM3,200 pergi balik.
  • Touch ‘n Go Digital – Pulangan tunai tambahan sebanyak 2% untuk semua transaksi di Arab Saudi, menjadikan jumlah keseluruhan 5%.
  • Juara Travel & Tours – Pelanggan yang membeli pakej Umrah+ berpeluang memenangi hadiah utama berupa kereta atau motosikal.

Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pakej Umrah+ eksklusif yang merangkumi destinasi popular seperti AlUla, Jeddah, Taif, Aseer dan Al Baha, lengkap dengan tawaran rebat, aktiviti ziarah percuma dan cenderamata edisi khas.

Destinasi Pilihan Di Arab Saudi

Festival tahun ini memperkenalkan destinasi yang digelar “Segi Tiga Emas” iaitu Riyadh, Jeddah dan AlUla, tiga lokasi utama yang melambangkan gabungan budaya, sejarah dan gaya hidup moden. Di 3 lokasi ini, anda boleh menerokai:

  • Riyadh menampilkan festival kebudayaan, pameran seni digital dan acara hiburan antarabangsa sepanjang musim sejuk.
  • Jeddah menawarkan suasana pesisir Laut Merah yang moden dengan aktiviti pelayaran, kayak dan e-foil.
  • AlUla pula menjadi tumpuan pencinta sejarah dan seni bina dengan pemandangan batuan purba serta acara budaya tahunan Winter at Tantora.

Selain itu, dua destinasi pelengkap turut diperkenalkan, iaitu Abha di Wilayah Aseer dan Al Baha, yang masing-masing menawarkan pemandangan hijau pergunungan, kabus tebal dan kampung batu purba seperti Dhee Ayn.

Kempen “Winter Is Alive”

Melalui kempen ini, Arab Saudi mempersembahkan siri acara musim sejuk dari November hingga Februari, menampilkan festival kebudayaan, persembahan muzik, pertunjukan fesyen dan pameran seni bertaraf dunia.

Kempen ini bukan sekadar promosi pelancongan, tetapi juga meraikan transformasi Arab Saudi sebagai destinasi global yang menawarkan pengalaman rohani, alam semula jadi dan gaya hidup moden dalam satu destinasi.

Untuk maklumat lanjut, layari visitsaudi.com dan temui pengalaman baharu di bumi Arab Saudi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd