The Laughing Cow Memperkenalkan Cheez Dipper Pizza Breadsticks – Turut Hadir Dengan Siri Plushie Tersendiri

November 18, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

The Laughing Cow, jenama keju popular global, kini memperluaskan rangkaian produknya dengan pelancaran Cheez Dipper Pizza Breadsticks. Produk baharu ini menjadi tambahan menarik kepada barisan snek Cheez Dippers yang terkenal, menggabungkan krim keju ikonik dengan roti rangup berperisa pizza untuk pengalaman snek yang menyeronokkan dan tetap berkhasiat.

Sebelum ini, Cheez Dippers ditawarkan dalam variasi asli, strawberi dan bluberi – menjadikannya pilihan utama bagi keluarga serta pencinta snek muda di Asia Tenggara. Dengan kehadiran Cheez Dipper Pizza Breadsticks, The Laughing Cow kini menawarkan pilihan snek savoury yang memuaskan selera sambil mengekalkan nilai pemakanan.

Bagi yang tidak mengetahui, Cheez Dippers ini dihasilkan daripada susu lembu yang tinggi kalsium. Ia juga dijamin bebas daripada perisa, pewarna dan bahan pengawet tiruan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam pilihan pek bersaiz individu – menjadikannya sesuai untuk bekal sekolah, snek di pejabat atau ketika dalam perjalanan.

Bukan itu sahaja, selari dengan pengenalan variasi baharu ini, The Laughing Cow turut memperkenalkan siri plushie koleksi edisi terhad. Dengan pembelian dua pek produk The Laughing Cow, pelanggan berpeluang menebus satu plushie kejutan yang menampilkan watak berinspirasikan suasana hati ketika menikmati snek seperti Egg-cited for Cheese, Cry Berry, Grumpy Cheese Toast dan Whatever, I Will Eat Pizza.

Bagi yang berminat, Cheez Dipper Pizza Breadsticks kini boleh didapati di pasar raya utama dan platform atas-talian, manakala siri plushie koleksi edisi terhad turut boleh ditebus di rangkaian yang sama.

Selain Cheez Dippers, The Laughing Cow menawarkan pelbagai produk lain termasuk Creamy Cheese Triangles, Belcubes, Cheese Slices dan Cheese Spread dalam tub, selain jenama terkenal lain di bawah Bel Group seperti BabyBel dan Kiri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka di www.thelaughingcow.com.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd