Skechers Memperlihatkan Koleksi Eksklusif Bersama Super Mario
Lina Rosli
Skechers baru-baru ini mengumumkan pengenalan koleksi kerjasama pertamanya bersama Nintendo menerusi pelancaran koleksi Skechers X Super Mario.
Apa yang menarik, koleksi ini menampilkan rekaan kasut, pakaian dan aksesori dengan elemen grafik ikonik dari inspirasi karakter Super Mario.
Koleksi ini menampilkan watak-watak terkenal seperti Mario, Luigi, Princess Peach, Toad serta Bowser dan Goombas, dan direka bagi peminat dari semua peringkat umur. Dengan warna-warna berani dan grafik watak yang menarik. Koleksi ini bukan sahaja memberi keselesaan tetapi juga menambah nilai estetika kepada penampilan harian pemakai.

Untuk koleksi dewasa, Skechers menampilkan Skechers Street Uno Court untuk lelaki dan wanita, dengan pilihan warna White Blue, White Green, White Black, White Pink dan White Brown, dijual pada harga RM459.
Manakala kanak-kanak pula, koleksi ini hadir dengan Skechers Street Mega-Quake untuk lelaki (RM299) dan Skechers Street Uno Lite untuk perempuan (RM299), masing-masing dengan patch watak Super Mario dan Goal Pole shoe charm yang menarik.

Koleksi kanak-kanak direka untuk aktiviti lasak dengan reka bentuk lace-up sporty, menggunakan fabrik mesh pada bahagian atas serta menampilkan penggunaan lapisan sintetik pada bahagian tepi kasut. Koleksi perempuan pula menampilkan upper durabuck dan microfiber berlapis, dihias dengan butiran metalik untuk penampilan lebih bergaya.
Semua kasut dilengkapi Skechers Air-Cooled Memory Foam untuk keselesaan sepanjang hari, manakala versi perempuan menampilkan penggunaan midsole yang menyerap hentakan dan outsole fleksibel untuk cengkaman optimum.

Pengenalan Foamies Super Mario Yang Menjamin Keselesaan Seharian
Koleksi Skechers X Super Mario juga hadir dengan pilihan Foamies yang menawarkan keselesaan – namun masih boleh kekal bergaya. Antara yang hadir termasuklah:
- Foamies Surge Sandals untuk lelaki (RM259) – Kasut yang fleksibel, ringan, kalis air dengan tali laras untuk keselesaan optimum.
- Foamies Skechers Max Cushioning untuk perempuan (RM299) – Hadir dengan kusyen ULTRA GO dan dual-density traction outsole.
- Foamies Swifters untuk kanak-kanak (RM199) – Hadir dengan patch ikonik Bowser, Goombas, Mario, Luigi, Princess Peach, dan Toad. Ia turut menampilkan kemasan tali boleh laras serta lampu LED untuk pengalaman bermain yang menyeronokkan.

Bukan itu sahaja, Skechers x Super Mario turut menampilkan koleksi pakaian dewasa termasuk Unisex Woven Jacket (RM459), Knit Short Sleeve Tees (RM169) dan Woven Pant (RM329), direka untuk keselesaan dan gaya urban.
Kanak-kanak pula boleh bergaya serasi dengan ibu bapa melalui Knit Short Sleeve Tees (RM119) dan Knit Short (RM139), menampilkan grafik watak Super Mario dan slogan inspirasi “Jump To Your Goal”.

Untuk menambah gaya, koleksi ini turut menawarkan Baseball Cap (RM109), Crossbody Bag (RM199) dan Sling Bag (RM179) dengan rekaan grafik Super Mario.
Dengan harga bermula daripada RM109, koleksi Skechers X Super Mario kini boleh didapati di butik Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, 1 Utama Shopping Centre dan lebih banyak lokasi lain di seluruh negara. Koleksi ini juga tersedia secara atas talian di Skechers.com.my.