KFC Hadir Dengan Menu Baharu – KFC Japanese Yuzu Menggabungkan Rasa Sitrus Dan Pedas Beraroma
Lina Rosli
KFC Malaysia kini kembali dengan rangkaian menu terbaharu yang membawa inspirasi dari Jepun – KFC Japanese Yuzu.
Untuk menu ini, KFC hadir dengan hidangan ayam rangup yang digandingkan dengan kesegaran sitrus yuzu, menjadikan setiap suapan lebih aromatik dan mempunyai rasa tangy yang jarang ditemui dalam menu ayam goreng tempatan.

Bagi anda yang ingin mencuba siri Japanese Yuzu ini, KFC menawarkan beberapa pilihan yang memenuhi selera berbeza.
- 2-pc Japanese Yuzu Crunch Combo (RM19.99)
- 3-pc Japanese Yuzu Crunch Combo (RM26.49)
- Japanese Yuzu Burger Combo (RM19.49)
- Japanese Yuzu Box Meal (RM22.99)
- Japanese Yuzu Burger (Ala Carte) (RM15.99)

Harus diingatkan, pilihan menu ini hadir sebagai tawaran masa terhad. Bagi yang berminat, siri KFC Japanese Yuzu ini sudahpun tersedia di semua cawangan KFC seluruh negara. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan pesanan untuk hidangan kegemaran anda menerusi aplikasi KFC serba baharu atau layari www.KFC.com.my.