Apricot by Peaches and Cream Kini Dibuka Di MyTOWN

November 21, 2025
Gaya Hidup

Bat

Apricot by Peaches and Cream kini dibuka di MyTOWN Shopping Centre di Cheras, manjadikan kafe ini cawangan ketiga yang berjaya dibuka selepas pembukaan cawangan sebelumnya di Ampang dan Setapak.

Untuk pengetahuan anda, cawangan baharu Peaches and Cream ini memfokuskan kepada penawaran pencuci mulut yang selari dengan imejnya sebagai kafe – selain turut menawarkan pilihan makanan Western seperti spaghetti dan banyak lagi.

Ini sekaligus membezakan penawarannya dengan dua lagi cawangannya sebelum ini yang mana Peaches and Cream Bresserie memfokuskan kepada dengan hidangan Eropah yang lebih mewah, sementara Peaches and Cream Bistro di Setapak pula hadir dengan penawaran makanan panas.

Meneuru Chef Victor Yap yang merupakan ketua cef di kafe ini, Apricot by Peaches and Cream direka untuk menjadikan gaya kafe ala Eropah sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia.

Memasuki sahaja ke dalam kafe ini, para pelanggan boleh menikmati dekorasi ringan dan elegan di ruangan makan yang mana ia menampilkan warna pastel aprikot dipadankan dengan kayuan terang, sofa selesa, serta sudut yang menerima cahaya semula jadi dengan redup, mencipta ruang yang ideal untuk santai sambil menikmati hidangan.

Apa yang menarik juga, kafe ini turut hadir dengan alunan muzik akordion Paris dan fado Portugis, menjadikan setiap kunjungan lebih daripada sekadar makan – ia satu pengalaman Eropah yang asli.

Sekiranya anda berkunjung ke Apricot by Peaches and Cream ini, antara hidangan utama yang pastinya menarik perhatian anda termasuklah:

  • Peaches & Cream Pizza (RM35)
  • Salmon Lemon Butter (RM46)
  • Lamb Meatball Amatriciana (RM36)
  • Beanie Shakshuka (RM29)

Anda juga boleh mencuba barisan minuman segar dan manisan yang lazat seperti:

  • Dragonfruit Soda (RM18)
  • Biscoff Milkshake (RM18)
  • Matcha Latte (RM15)

Bukan sekadar itu, antara tarikan utama kafe ini merupakan “Dessert Tree“, iaitu manisan kek yang disajikan. Antaranya:

  • Hummingbird Cake (RM19) – kek pisang dan nanas bercampur sempurna
  • Flourless Orange Almond Cake (RM19) – kek oren penuh rasa dan bebas gluten
  • Apricot Velvet (RM24) – kek velvet penuh yang lembut
  • Flourless Dark Chocolate Torte (RM19) – kek coklat hitam dengan kacang almond.

Khusus untuk pengunjung vegan, kafe ini turut menawarkan menu berasaskan tumbuh-tumbuhan yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai selera dan gaya hidup.

Sempena pembukaannya di MyTOWN, pelanggan berpeluang menikmati promosi kepingan kek pertama pada harga RM1.90++.

Bagi penggemar kafe berkonsepkan Eropah, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Apricot by Peaches and Cream bertempat di Lot G-019 & G-E-019, MyTOWN Shopping Centre, Cheras. Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd