Kedai Konsep Mercu Luckin Coffee Dibuka Di Genting Highlands – Hadir Dengan Ruang Santai Lebih Besar
Lina Rosli
Luckin Coffee Malaysia baru-baru ini telah melangkah ke fasa baharu dalam pasaran Malaysia dengan membuka kedai konsep mercu (flagship concept store) pertamanya di Genting Highlands.
Memilih Antara Genting sebagai lokasi kedai konsep mercu mereka, Luckin kini komited dalam memperkenalkan pengalaman menikmati kopi yang lebih premium dan beridentiti.

Berbeza daripada cawangan bandar yang memfokuskan kelajuan dan kemudahan, kedai konsep di Genting Highlands ini direka sebagai ruang destinasi.
Pengunjung yang hadir akan disambut dengan ruang reka dalaman yang moden digabungkan bersama menampilkan elemen warisan dan seni kontemporari — menjadikan kafe ini bukan sahaja tempat mengambil kopi, tetapi juga ruang bersantai yang sesuai untuk pelancong, keluarga dan peminat kopi.

Keistimewaan kedai konsep ini terletak pada reka bentuknya yang lebih luas, visual yang lebih premium, serta kawasan fotografi khas yang menonjolkan estetika Luckin Coffee. Ia dibina untuk memberi pengalaman “elevated coffee lifestyle” yang menjadi asas jenama ini sejak diperkenalkan.
Bukan itu sahaja, kedai konsep mercu Luckin Coffee ini turut memperkenalkan beberapa pilihan minuman eksklusif yang hanya terdapat di lokasi ini.
Menurut Luckin Coffee, selari dengan pertumbuhan kedai kopi di Malaysia, pembukaan cawangan ini sedikit sebanyak menjadi bukti komitmen mereka dalam menyediakan pengalaman kopi yang lebih tersendiri, bukan sekadar kedai minuman pantas.