Klook Menjadi Pilihan Utama Pelancong Antarabangsa Untuk Pembelian Tiket Aktiviti Di Jepun

December 11, 2025
fakta menarik

Lina Rosli

Laporan Airport Exit Survey 2025: Interim Report terbitan Biro Konvensyen & Pelancongan Osaka (OCTB) yang dikeluarkan pada Oktober 2025 mendedahkan kedudukan kukuh Klook sebagai platform utama pilihan pelancong antarabangsa untuk tempahan lawatan berbayar dan aktiviti ketika berada di Jepun.

Daripada 2,228 responden dalam dua kajian antara Mei hingga September 2025, sebanyak 42.1% memilih Klook—iaitu tiga kali ganda lebih tinggi berbanding platform lain dalam kategori sama.

Laporan tersebut, yang turut menunjukkan yang mana Klook berfungsi sebagai rujukan penting bagi pemegang taruh pelancongan di Osaka. Data turut digunakan oleh kerajaan tempatan serta perniagaan pelancongan untuk menilai corak tempahan, memahami motivasi pelancong dan mengukuhkan strategi pemasaran destinasi.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Strategi Pemasaran OCTB, beliau menjelaskan bahawa mengenal pasti saluran tempahan memberi gambaran menyeluruh tentang profil pengunjung dan kecenderungan mereka.

Bukan itu sahaja, maklumat ini turut membantu kebanyakan pengusahan peniagaan merangka pendekatan pemasaran yang lebih tepat, selain menyokong matlamat memperluaskan promosi tarikan Osaka kepada segmen pelancong yang lebih pelbagai.

Dominasi Klook ini turut disokong oleh prestasinya sepanjang pelaksanaan Ekspo 2025, acara terbesar Osaka pada tahun tersebut. Sepanjang April hingga Oktober 2025, tempahan kasar harian Klook mencatatkan peningkatan hampir 40% tahun ke tahun, menunjukkan kecenderungan pelancong untuk menambah nilai perjalanan mereka dengan membeli pengalaman tambahan.

Dalam tempoh itu, pelancong paling kerap menempah pakej seperti JR Pass, perjalanan Shinkansen, serta pas tarikan tempatan termasuk Osaka e-pass dan Have Fun in Kansai Pass.

Menurut Wataru Masuda, Pengurus Besar Klook Japan, pengesahan daripada OCTB mengukuhkan lagi komitmen Klook untuk memudahkan akses kepada pengalaman terbaik setiap destinasi melalui kerjasama erat dengan organisasi pelancongan di Jepun.

Sepanjang tahun 2025, Klook turut memperluas pengaruhnya melalui beberapa inisiatif strategik.

Pada Ogos, Klook bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan Hiroshima (HIT) bagi membawa 112 pencipta kandungan dari 20 pasaran untuk mempromosikan bandar tersebut.

Kempen berkenaan mencapai lebih 59.5 juta capaian digital serta 28.5 juta tera sosial, sekali gus meningkatkan visibiliti Hiroshima di peringkat global.

Bukan sekadar itu, Klook juga merupakan satu daripada hanya tiga agensi pelancongan atas talian yang bekerjasama dengan Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) untuk mempromosikan destinasi yang kurang dikunjungi di Jepun kepada pelancong dari Asia, sebagai sebahagian daripada usaha menyebarkan aliran pelancongan secara lebih seimbang.

Menjelang hujung tahun ini juga, Klook turut menawarkan promosi lanjut untuk aktiviti di Jepun, termasuk tawaran Beli Satu, Percuma Satu dan penurunan harga bagi tarikan utama melalui kempen 12.12 serta promosi mingguan sepanjang Disember 2025.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd