CHAGEE X Hello Kitty Menampilkan Menu Minuman Baharu – Cocoa Oolong Milk Tea

December 16, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

CHAGEE memperkenalkan minuman terbaharunya, Cocoa Oolong Milk Tea, yang menggabungkan kelembutan teh oolong dengan rasa koko yang kaya dan berkrim. Pelancaran ini bukan sahaja menampilkan inovasi rasa baharu, malah turut diserikan dengan kehadiran koleksi eksklusif Hello Kitty yang direka khas untuk peminat dan pelanggan setia jenama tersebut.

Cocoa Oolong Milk Tea menawarkan profil rasa yang seimbang – yang mana ia hadir dengan nota koko pada awal rasa dan kemudiannya ditambah dengan keharuman bau teh oolong yang halus. Ini secara tidak langsung menghasilkan sajian yang sesuai dinikmati dalam suasana santai mahupun sebagai pelengkap momen istimewa.

Menurut CHAGEE, pengenalan minuman unik ini secara tidak langsung telah mencerminkan pendekatan CHAGEE dalam mengekalkan kualiti teh premium sambil meneroka gabungan rasa moden yang relevan dengan citarasa semasa.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, CHAGEE turut memperkenalkan barangan koleksi Hello Kitty edisi terhad yang boleh didapati menerusi pembelian terpilih. Inisiatif ini menambah elemen keceriaan dan nilai koleksi, sekaligus menjadikan pengalaman menikmati Cocoa Oolong Milk Tea lebih bermakna, terutamanya bagi peminat karakter ikonik tersebut.

Bagi yang berminat, CHAGEE Cocoa Oolong Milk Tea ini telahpun ditawarkan secara meluas di semua rangkaian CHAGEE di seluruh negara pada harga bermula RM14.90 secawan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd