ABARO Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records Sebagai Kasut Sekolah Dengan Ciri Paling Inovatif
Lina Rosli
Kasut sekolah sering dilihat sebagai keperluan asas dalam kehidupan pelajar, namun bagi ibu bapa, ia turut melibatkan aspek keselamatan, keselesaan dan ketahanan untuk kegunaan harian.
Menyedari keperluan ini, jenama kasut sekolah tempatan, ABARO menampilkan pendekatan berbeza melalui inovasi berteraskan kehidupan sebenar keluarga di Malaysia.

Pada 18 Disember 2025, ABARO secara rasmi menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) dalam kategori “Ciri-Ciri Paling Inovatif Dalam Kasut Sekolah”.
Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan ABARO menggabungkan lebih 10 ciri teknologi praktikal dalam satu rekaan kasut sekolah, selari dengan cabaran harian yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid.

Antara inovasi utama yang diperkenalkan ialah HideTech, iaitu poket tersembunyi khas untuk meletakkan peranti penjejak GPS. Dengan ini, ibu bapa boleh meletakkan alat penjejak pada ruang yang tersedia yang selamat dan tidak ketara – ini sekaligus menjadikan ibu bapa mudah untuk memantau pergerakan anak-anak sewaktu berada di sekolah tanpa menjejaskan keselesaan.
Selain itu, faktor cuaca dan kebersihan turut menjadi perhatian melalui teknologi DryTech, yang direka bagi mengurangkan penyerapan air dan memudahkan proses pembersihan kasut. Digabungkan dengan insole atau tapak dalam MugPlus yang mempunyai ciri anti-bau, kasut kekal lebih kering dan segar walaupun digunakan sepanjang hari.


ABARO turut memperkenalkan NameTech, satu penyelesaian praktikal bagi isu kasut tertukar dalam kalangan murid sekolah rendah. Ciri ini memudahkan kanak-kanak mengenal pasti kasut mereka dengan jelas, terutamanya di ruang awam seperti surau dan perpustakaan, di mana kasut sering ditanggalkan.
Seiring dengan pencapaian ini, ABARO kini menganjurkan kempen tahunan Back To School 2025/2026 sehingga 15 Januari 2026. Kempen tersebut turut memperkenalkan rekaan kasut sekolah baharu untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dengan gaya lebih ringkas dan kemas, sambil mengekalkan ciri teknologi yang menjadi identiti jenama.

Bukan itu sahaja, sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial, RM1 daripada setiap pasang kasut yang dijual sepanjang kempen akan disalurkan ke Dana CSR ABARO bagi menyediakan kasut sekolah kepada kanak-kanak kurang berkemampuan dan golongan B40.