FitFlop Memperluaskan Kehadiran Runcit Menerusi Pembukaan Butik Baharu Di Sunway Pyramid
Lina Rosli
FitFlop meneruskan peluasan kehadiran runcitnya di Malaysia dengan pembukaan butik terbaharu di Sunway Pyramid, salah satu destinasi beli-belah dan gaya hidup utama di negara ini.
Pembukaan ini menandakan langkah strategik jenama global tersebut dalam memperkukuh hubungan dengan pengguna tempatan melalui pengalaman runcit yang lebih menyeluruh dan berfokuskan gaya hidup.

Butik FitFlop di Sunway Pyramid menampilkan konsep runcit kontemporari yang hangat dan moden, direka bagi menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan inovasi dalam satu ruang yang tenang dan nyaman.
Menurut jenama ini, butik baharu ini dikenali sebagai The Veranda, yang mana ia menampilkan konsep yang diinspirasikan oleh idea ruang peralihan yang memberi peluang untuk berhenti seketika, menikmati suasana, dan meneroka gaya yang sesuai dengan kehidupan moden yang aktif.

Reka bentuk dalaman butik ini menekankan kepada kesederhanaan, dengan penggunaan elemen seni bina yang mewujudkan rasa aliran dan ketenangan. Ciri seperti louvre panoramik, elemen stepping stone serta tona kayu yang hangat menambah lapisan tekstur dan kedalaman visual, sekaligus mencipta persekitaran yang selesa dan seimbang.
Seiring dengan pembukaan butik ini, FitFlop turut menampilkan koleksi bermusim yang menonjolkan rekaan ikonik jenama tersebut.
Antaranya termasuk sandal LULU dalam variasi Glitz-Bow, Multi-Tonal Glitter dan Crystal-Buckle Strap. Koleksi ini turut dilengkapi dengan Delicato Ballerina Flats dan Mary Janes yang dihiasi perincian Crystal-Buckle, selain Chain-Detail Loafers dan Short Boots yang sesuai untuk gaya persalinan musim perayaan.

Dalam perkembangan berkaitan, FitFlop juga mengumumkan pelantikan pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo sebagai Duta Jenama bagi koleksi AW25/SS26.
Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Song Hye Kyo menyatakan bahawa kasut FitFlop mudah digayakan dan selesa untuk pemakaian harian, menjadikannya sebahagian daripada rutin peribadinya. Koleksi yang diinspirasikan oleh beliau menampilkan palet warna yang sofistikated, merangkumi tona tanah seperti tan dan cappuccino, digabungkan dengan warna plum, turtle dove dan denim gelap.
Rangkaian ini direka untuk peralihan lancar dari musim luruh ke musim bunga, menekankan fleksibiliti serta kesesuaian untuk pemakaian seharian.

Melalui pembukaan butik baharu dan pelantikan duta jenama ini, FitFlop mengukuhkan komitmennya untuk menawarkan pengalaman gaya hidup yang menggabungkan keselesaan, rekaan kontemporari dan inovasi, sejajar dengan keperluan pengguna moden.