Wang Kelian, Pulau Mantanani & Pesisir Pengkalan Chepa Antara 6 Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia

December 29, 2025
destinasi

Lina Rosli

Malaysia sememangnya kaya dengan destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman berbeza, sama ada untuk pencinta alam semula jadi, penggemar sejarah mahupun mereka yang sekadar ingin berehat dari rutin harian. Dari pulau yang menenangkan hingga ke bandar warisan yang penuh cerita, setiap negeri mempunyai tarikan tersendiri.

Bagi anda yang ingin menerokai kesemua lokasi ini dengan lebih mudah dan terancang, redBUS, sebuah platform tempahan tiket bas atas talian, menawarkan penyelesaian perjalanan yang praktikal dan selesa. Dengan rangkaian laluan yang luas merangkumi pelbagai destinasi popular di seluruh negara, redBUS memudahkan perancangan percutian tanpa perlu risau tentang urusan pengangkutan.

Berikut adalah enam destinasi percutian di Malaysia yang boleh anda terokai untuk pengalaman percutian yang berbeza dan bermakna.

Perlis – Keindahan Berkabus Wang Kelian

Destinasi pertama membawa anda ke sebuah negeri yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, iaitu Perlis. Walaupun bersaiz kecil pada peta, negeri ini sebenarnya menyimpan pelbagai tarikan menarik yang menjadikannya destinasi percutian yang wajar diterokai.

Setibanya di Perlis, anda boleh merancang perjalanan ke Wang Kelian, sebuah pekan sempadan yang tenang dengan latar Banjaran Nakawan yang menghijau dan mempesona. Kawasan ini sering menjadi pilihan buat mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar dan menikmati suasana alam yang lebih damai.

Di Wang Kelian, terdapat dua tenpat menarik yang boleh anda kunjungi iaitu Pusat Tinjauan Wang Kelian yang terkenal dengan pemandangan matahari terbit yang memukau serta Taman Negeri Perlis yang menawarkan landskap bukit batu kapur serta gua-gua popular seperti Gua Kelam.

Dua lokasi ini sesuai untuk pencinta alam yang gemarkan aktiviti penerokaan ringan.

Terminal bas berdekatan terletak di Terminal Bas Padang Besar yang jaraknya lebih kurang 20km

Kelantan – Ketenangan Pesisir Pengkalan Chepa

Pengkalan Chepa merupakan salah satu sudut pesisir Kelantan yang menawarkan suasana mendamaikan, dengan deretan pantai seperti Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak dan Pantai Mek Mas sebagai tarikan utama.

Berbeza daripada destinasi pantai yang sering sesak dengan pelancong, kawasan pesisir di sini mengekalkan suasana santai dan autentik. Ia sesuai untuk berjalan santai di tepi pantai, menyaksikan rutin harian para nelayan, atau sekadar menikmati hembusan angin laut tanpa sebarang tekanan masa.

Di sepanjang pesisir pantai, terdapat pelbagai pilihan chalet dan kabin comel yang membolehkan anda menginap berhampiran laut tanpa perlu berbelanja besar. Daripada chalet kayu yang ringkas hingga penginapan moden yang lebih selesa, pilihannya sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun mereka yang mencari percutian ringkas untuk menenangkan fikiran.

Terminal bas berdekatan adalah Terminal Bas Pengkalan Chepa yang jaraknya lebih kurang 20km dari lokasi.

Ipoh – Sam Poh Tong, Kuil Gua Tertua Di Malaysia

Terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Ipoh merupakan destinasi ideal untuk percutian santai tanpa tekanan.

Dikelilingi bukit batu kapur ikonik Perak, Sam Poh Tong menawarkan suasana yang tenang untuk melepaskan penat daripada hiruk-pikuk bandar.

Sebagai kuil gua Buddha tertua dan paling terkenal di Ipoh, Sam Poh Tong menggabungkan keindahan formasi batu semula jadi dengan ketenangan rohani yang menyeluruh.

Apa yang menarik juga, dewan sembahyangnya diukir daripada batu kapur dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1950. Ia terletak betul-betul di bawah stalaktit yang mengagumkan, sekaligus mewujudkan suasana yang mendamaikan dan memukau.

Di bahagian luar, pengunjung boleh menikmati kolam koi, jambatan batu serta taman yang terurus rapi — lokasi ideal untuk menikmati ketenangan seketika sebelum kembali menjelajah Ipoh dan menikmati kopi serta juadah tempatan yang terkenal.

Terminal bas berdekatan adalah Terminal Bas Aman Jaya dengan jarak sekitar 17km

Negeri Sembilan – Memperlihatkan Warisan Minangkabau

Sering dibayangi negeri jiran, Negeri Sembilan sebenarnya menyimpan keindahan yang jarang disentuh. Antara tarikan utamanya ialah Air Terjun dan Kawasan Rekreasi Ulu Bendul di Seremban, sebuah kawasan hijau di kaki Gunung Angsi di mana penduduk tempatan berkelah, mandi, dan mendaki sambil menikmati udara segar hutan.

Bagi penggemar pengembaraan, negeri ini juga mempunyai keindahan air terjun yang di terletak di Jeram Toi, air terjun tujuh tingkat yang baru dibuka semula, mengalir deras dari Gunung Telapak Buruk dan menawarkan pengalaman meneroka alam semula jadi yang memukau.

Untuk pengalaman budaya yang lebih mendalam, Kuala Klawang memperlihatkan keunikan warisan Minangkabau melalui Rumah Gadang Budi, rumah tradisional dengan bumbung melengkung seperti tanduk kerbau yang dibawa dari Sumatera berabad lamanya.

Terminal bas terdekat adalah Terminal Bas Seremban dengan jarak lebih kurang 18km

Pahang – Keindahan Taman Negara, Menyelusuri Hutan Hujan Purba

Jika percutian ideal anda melibatkan kehijauan, udara segar dan jauh daripada gangguan digital, Taman Negara adalah destinasi yang sesuai untuk dikunjungi.

Berusia lebih 130 juta tahun, hutan hujan ini merupakan antara yang tertua di dunia dan masih mengekalkan keaslian semula jadinya yang menakjubkan.

Pengunjung berpeluang melihat pelbagai hidupan liar, termasuk tapir, burung eksotik, dan kadang-kadang harimau Malaya yang jarang ditemui.

Selain itu, laluan pejalan kaki yang tersusun rapi membolehkan pengembara meneroka hutan purba sambil menghargai keunikan ekosistem yang telah bertahan berabad-abad.

Untuk memudahkan perancangan perjalanan, layari laman redBus Things To Do, di mana jadual lawatan dan aktiviti yang dikurasi membolehkan pengalaman meneroka Taman Negara menjadi lancar, selesa dan penuh kenangan.

Tempat turun terdekat, Jeti Taman Negara (Kuala Tahan) jarak kurang dari 1km

Pulau Mantanani — Destinasi Tersembunyi Di Sabah

Di sebalik pesisir Kota Belud, Pulau Mantanani hadir seperti sebuah rahsia yang masih jarang diketahui, dan itulah sebahagian daripada daya tariknya.

Dengan air laut yang jernih bak kristal, pasir putih yang halus, serta terumbu karang berwarna-warni, trio pulau ini memancarkan pesona tropika yang memukau tanpa gangguan hiruk-pikuk pelancong.

Mantanani Besar, pulau terbesar di Pulau Mantanani menampilkan suasana kampung yang tenang dan merupakan antara tempat yang jarang didapati di mana pengunjung mungkin terserempak dengan dugong mencari makan di perairan cetek.

Dengan jarak penglihatan sehingga 40 meter di bawah laut dan lebih daripada 12 lokasi menyelam, pulau ini menjadi destinasi impian bagi penggemar snorkeling dan menyelam.

Tempat turun terdekat ialah Jeti Sutera Harbour atau hotel-hotel di kawasan Kota Kinabalu

Jadi, tunggu apa lagi? Untuk pengalaman yang lebih menarik, gunakan kod REDBUS60 dan nikmati diskaun sehingga 60% untuk semua tiket yang mana para pengguna boleh menebus 30% diskaun segera (hingga RM10) ditambah 30% pulangan tunai (hingga RM18) untuk tempahan bas, feri, dan pas Things To Do.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd