Marriott Hotel Di Petaling Jaya Kini Dibuka – Hanya 15 Minit Dari KL Sentral
Lina Rosli
Marriott Hotel mengumumkan pembukaan Petaling Jaya Marriott Hotel. Ia terletak berhampiran Lebuhraya SPRINT dan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) – hotel ini menawarkan akses mudah ke pusat perniagaan Kuala Lumpur serta destinasi hiburan yang meriah.

Hotel ini menampilkan 393 bilik tetamu termasuk 89 suite, direka dengan pendekatan kemewahan yang bersahaja dan abadi. Setiap bilik dilengkapi pencahayaan lembut, perabot moden dan kemudahan premium bagi mewujudkan suasana yang tenang serta selesa.
Bilik keluarga direka khusus dengan katil tingkat untuk kanak-kanak dan ruang bersama yang luas, manakala suite menawarkan susun atur mesra keluarga dengan ruang tamu berasingan serta tab mandi yang menambah nilai keselesaan, khususnya untuk penginapan jangka panjang atau percutian bandar.

Dari segi kulinari, Petaling Jaya Marriott Hotel menawarkan pelbagai pilihan yang memenuhi citarasa berbeza. Restoran sepanjang hari menyajikan hidangan antarabangsa dan sajian tempatan, manakala Lobby Lounge yang merupakan sebahagian daripada konsep Greatroom yang merupakan identiti global Marriott Hotels — yang mana ia menyediakan ruang santai untuk pertemuan tidak formal.
Hotel ini turut menampilkanrestoran Cina yang memfokuskan masakan Kantonis, serta M Club Lounge eksklusif untuk ahli Elite dan Club, lengkap dengan perkhidmatan peribadi dan pilihan makanan yang dikurasi.

Kemudahan rekreasi turut menjadi antara tarikan utama hotel ini, termasuk kolam renang luar, Kids Club untuk aktiviti kanak-kanak, serta pusat kecergasan berteknologi moden.
Bagi segmen perniagaan dan acara, hotel ini menyediakan 11 bilik mesyuarat serbaguna dengan kemudahan bankuet dan teknologi terkini, disokong oleh pasukan profesional bagi memastikan kelancaran mesyuarat korporat, majlis sosial dan acara berskala besar.
Sebagai sebahagian daripada rangkaian Marriott Bonvoy, Petaling Jaya Marriott Hotel membolehkan ahli mengumpul dan menebus mata ganjaran untuk penginapan, selain menikmati pelbagai kelebihan melalui aplikasi Marriott Bonvoy yang menawarkan pengalaman lebih peribadi dan tanpa sentuhan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.petalingjayamarriott.com.