ZUS Coffee Kini Menyajikan CEO Latte Dalam Versi Sejuk
Lina Rosli
ZUS Coffee terus memperkukuhkan kedudukannya menerusi pelancaran rangkaian minuman ikonik mereka iaitu CEO Latte – yang kini hadir dalam versi sejuk.
Menerusi penawaran ini, ia secara tidak langsung memberikan pilihan baharu kepada pencinta kopi – sesuai untuk anda yang mahukan minuman kopi berprofil bold, namun ingin menikmatinya bersama ais.
Dengan ini, ia lebih segar untuk dinikmati dalam keadaan cuaca panas atau ketika memerlukan kesegaran tambahan.

Bagi yang tidak mengetahui, CEO Latte sememangnya dikenali sebagai antara minuman terlaris ZUS Coffee yang mana direka untuk menawarkan rasa kopi yang lebih kuat dan pekat berbanding latte biasa.
Untuk pilihan sejuk ini, Iced CEO Latte ditawarkan dalam saiz 12oz yang mana lebih besar dari pilihan panas sebelum ini.
Bukan itu sahaja, pengenalan Iced CEO Latte ini turut melengkapkan rangkaian CEO Series yang kini merangkumi CEO Americano dan CEO Chocolate.