OGA Menerima Pengiktirafan Malaysia Book of Records – 59,877 Kyoto Tiramisu Laris Dijual
Bat
OGA Tea & Dining sekali lagi mencuri perhatian apabila pencuci mulut ikonik mereka – Kyoto Tiramisu, berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan dalam Malaysia Book of Records dengan sebanyak 59,877 kotak terjual dalam tempoh setahun.

Pencapaian ini membuktikan penerimaan luar biasa masyarakat terhadap hidangan pencuci mulut inspirasi Jepun tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan OGA sebagai destinasi pencuci mulut pilihan ramai.
Kyoto Tiramisu dikenali dengan teksturnya yang lembut serta keseimbangan rasa yang tidak terlalu manis, menjadikannya sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan penggemar pencuci mulut.

Selain Kyoto Tiramisu, OGA Tea & Dining turut terkenal dengan pilihan teh Jepun premium dan variasi tart yang melengkapkan pengalaman menikmati pencuci mulut di kafe tersebut.

Bersempena kejayaan ini, OGA Tea & Dining menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus untuk semua menu tiramisu pada 15 Januari 2026. Promosi istimewa ini berlangsung di semua cawangan termasuk di Jalan Imbi, IOI City Mall dan Sunway Pyramid.

Pencapaian ini bukan sekadar satu rekod bagi OGA, tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha berterusan OGA Tea & Dining dalam menyajikan hidangan yang menepati citarasa pelanggan tempatan.
Bagi penggemar pencuci mulut, khususnya pencinta gabungan tiramisu dan matcha – jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri Kyoto Tiramisu yang telah mencipta nama dalam Malaysia Book of Records.