Siri REDMI Note 15 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Bermula Pada Harga RM799

January 15, 2026
Gajet

Bat

Xiaomi Malaysia secara rasmi Siri REDMI Note 15 ke pasaran tempatan, memperkenalkan empat model baharu – REDMI Note 15REDMI Note 15 5GREDMI Note 15 Pro 5G dan REDMI Note 15 Pro+ 5G.

Secara keseluruhan, siri REDMI Note 15 menekankan elemen-elemen utama seperti – kamera beresolusi tinggipaparan AMOLED berkualitibateri berkapasiti besar, dan Ketahanan Tahap Titan.

REDMI Note 15 merupakan model paling asas dalam siri ini. Ia hadir dengan skrin 6.77 inci FHD+ AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Dari segi prestasi, peranti ini dikuasakan cip MediaTek Helio G100-Ultra, sesuai untuk tugasan harian. Kamera utama 108MP menjadi kelebihan utama, membolehkan rakaman foto beresolusi tinggi dengan bantuan ciri AI seperti AI Erase dan AI Beautify.

Bateri 6,000mAh disokong pengecasan pantas 33W, menjadikan REDMI Note 15 pilihan seimbang untuk pengguna yang mementingkan ketahanan bateri.

Bagi pengguna yang mahukan sokongan rangkaian generasi baharu, REDMI Note 15 5G hadir sebagai peningkatan kepada model asas. Ia mengekalkan saiz skrin 6.77 inci AMOLED 120Hz, dan dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 3.

Peranti ini turut menampilkan kamera utama 108MP dengan OIS. Hadir dengan bateri 5,520mAh serta pengecasan pantas 45W. Tambahan perlindungan IP66 menjadikan REDMI Note 15 5G lebih tahan terhadap percikan air dan habuk, sesuai untuk kegunaan harian yang lebih aktif.

Naik ke tahap lebih premium, REDMI Note 15 Pro 5G menampilkan peningkatan ketara dari segi kamera, paparan dan ketahanan. Ia hadir dengan skrin 6.83 inci 1.5K CrystalRes AMOLED dengan sokongan HDR serta kamera utama 200MP dengan OIS. Dari segi prestasi, REDMI Note 15 Pro 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7400-Ultra.

Bateri 6,580mAh dengan pengecasan 45W serta perlindungan IP66, IP68 dan IP69 menjadikan peranti ini antara yang paling tahan lasak dalam kelas pertengahan.

Sebagai model paling premium dalam siri ini, REDMI Note 15 Pro+ 5G direka untuk pengguna yang mahukan prestasi maksimum. Ia mengekalkan paparan 6.83 inci 1.5K AMOLED 120Hz, kamera utama 200MP, serta rekaan berfokuskan ketahanan dengan struktur Titan yang dipertingkat.

Telefon ini menawarkan prestasi lebih tinggi dengan cipset kelas atas, dipadankan bateri besar sekitar 6,500mAh dan sokongan pengecasan pantas berkuasa tinggi.

Berikut ialah harga rasmi Malaysia bagi setiap varian model:

  • REDMI Note 15 – RM799 (8GB + 256GB, eksklusif online)
  • REDMI Note 15 5G – Dari RM849 (6GB + 128GB)
  • REDMI Note 15 Pro 5G – RM1,399 (8GB + 256GB, promosi naik taraf storan terhad)
  • REDMI Note 15 Pro+ 5G – RM1,699 (12GB + 256GB, dengan promosi pelancaran terhad)

Untuk maklumat lanjut, layari mi.com atau Kedai rasmi Xiaomi di Lazada, Shopee, danTikTok.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd