Monster Curry Kini Rasmi Dibuka Di Malaysia – Kari Jepun Bersaiz Besar
Bat
Peminat masakan Jepun kini mempunyai satu lagi destinasi baharu untuk diterokai apabila Monster Curry secara rasmi membuka cawangan pertamanya di Malaysia. Terletak di The Gardens Mall, Kuala Lumpur, kehadiran jenama ini menandakan pengembangan strategik Monster Curry ke pasaran tempatan selepas mencipta nama di Singapura dan Indonesia.

Monster Curry terkenal dengan sajian kari Jepun yang kaya rasa serta saiz hidangan yang besar, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan penggemar hidangan berempah dan mengenyangkan.
Keistimewaan Monster Curry terletak pada kuah kari mereka yang menggunakan sos demi-glace, digabungkan bersama lebih 14 jenis sayuran dan rempah ratus. Hasilnya ialah kuah kari yang pekat, berlapis dan seimbang dari segi rasa, tidak terlalu manis mahupun terlalu pedas.

Pengunjung turut diberi pilihan lima tahap kepedasan, membolehkan hidangan disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.
Seiring dengan namanya, Monster Curry menampilkan saiz hidangan yang luar biasa. Pinggan standard berdiameter 35 sentimeter sesuai untuk satu hidangan besar, manakala pinggan 41 sentimeter ditawarkan untuk hidangan perkongsian.
Antara menu utama yang menjadi pilihan ramai termasuk Monster Egg Combo (RM 58.90), yang menggabungkan pelbagai lauk dalam satu pinggan seperti telur dadar gebu, telur onsen, ayam goreng peha beserta keju. Hidangan ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman kari bersaiz besar.

Bagi pilihan klasik, Chicken Katsu Curry (RM25.90), manakala Big Fish Katsu Curry (RM28.90) – masing-masing menampilkan potongan protein bersaiz besar yang digandingkan bersama kuah kari pekat dan nasi Jepun.
Untuk pelanggan yang ingin mencuba variasi selain nasi, siri Curry Ramen turut disediakan dengan tiga pilihan utama iaitu:
- Curry Ramen (RM23.00)
- Chicken Karaage Curry Ramen Set (RM25.90)
- Chicken Katsu Curry Ramen Set (RM26.90)

Hidangan-hidanagan ini menggabungkan kuah kari yang kaya rasa bersama mi ramen yang kenyal.
Monster Curry turut menawarkan pilihan pasta berinspirasikan gabungan Itali dan Jepun. Antara menu yang disediakan termasuk Aglio Olio Feast Pasta dan Prawny Shrooms Pasta, masing-masing berharga RM25.90, diikuti Japanese Carbonara Pasta (RM22.90), serta Curry Seafood Infusion Pasta (RM25.90).


Bagi melengkapkan hidangan, Monster Curry menyediakan pilihan pencuci mulut seperti Chocolate Banana Honey Toast dan Mixed Berries Honey Toast, masing-masing berharga RM18.90. Turut ditawarkan ialah siri Homemade Egg Pudding, dan Strawberry Tofu Cheesecake.

Sempena pembukaan rasmi, Monster Curry Malaysia menawarkan promosi Beli Satu Percuma Satu dari 19 hingga 25 Januari 2026 untuk menu terpilih sahaja.

Kehadiran Monster Curry di Malaysia bukan sekadar memperkenalkan satu lagi restoran Jepun, tetapi membawa pengalaman menikmati kari dengan rasa padu dan saiz hidangan yang memuaskan. Gabungan kuah kari berperisa mendalam, pilihan kepedasan fleksibel serta porsi besar menjadikan Monster Curry sesuai untuk kunjungan individu mahupun berkumpulan.
Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi laman sesawang Monster Curry dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram.