Corak Perjalanan Rakyat Malaysia Sepanjang 2025 Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

January 20, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Tahun 2025 memperlihatkan perubahan ketara dalam cara rakyat Malaysia mengembara. Daripada perjalanan harian antara negeri hingga percutian singkat hujung minggu, bas kekal sebagai pilihan utama untuk mobiliti domestik.

Berdasarkan data transaksi redBus bagi tahun kalendar 2025, tempahan tiket bas meningkat sebanyak 15% berbanding tahun sebelumnya, sekaligus menegaskan peranan penting pengangkutan bas dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, pertumbuhan konsisten dalam perjalanan bas sepanjang 2025 menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia memilih bas sebagai alternatif yang praktikal dan selesa berbanding kenderaan persendirian.

Laluan Perjalanan Paling Popular Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Sepanjang 2025, beberapa laluan muncul sebagai pilihan utama pengembara tempatan. Di tangga teratas ialah perjalanan antara Kuala Lumpur dan Melaka, diikuti rapat oleh laluan Kuala Lumpur–Johor, serta laluan ke Kuantan dan Pulau Pinang. Berbanding tahun 2024, laluan-laluan ini mencatat pertumbuhan tempahan yang kukuh, dengan peningkatan sekitar 20%.

Corak ini bukan sahaja menunjukkan destinasi yang paling kerap menjadi pilihan rakyat Malaysia, malah mengukuhkan kepentingan berterusan dalam menghubungkan hab serantau utama di seluruh negara. Kuala Lumpur–Melaka, khususnya, mengekalkan kedudukan sebagai laluan paling “setia”, dengan kadar tempahan berulang yang tinggi – didorong oleh keperluan kerja, pendidikan, serta tarikan Melaka sebagai destinasi percutian jarak dekat yang praktikal.

Di sebalik angka-angka ini, ia turut menunjukan perjalanan domestik semakin menjadi sebahagian rutin kehidupan moden. Ia bukan lagi terhad kepada cuti panjang atau musim perayaan semata-mata, tetapi berlaku secara berterusan sepanjang tahun.

Lonjakan Bermusim Dan Budaya Perayaan

Kalendar perayaan Malaysia terus menjadi pemacu utama corak perjalanan. Tahun 2025 memperlihatkan perubahan yang lebih ketara, apabila tempahan tiket meningkat sekitar 10% pada setiap musim perayaan berbanding bulan-bulan lain.

Hari Raya mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 12%, manakala Tahun Baharu Cina merekodkan lonjakan sebanyak 20.7%.

Dengan kedua-dua perayaan ini berlangsung berdekatan pada tahun ini, permintaan dijangka kekal tinggi sepanjang tempoh puncak perjalanan yang lebih panjang.

Berdasarkan musim perayaan sebelum ini, sebanyak 41% pengembara mengalami kesukaran mendapatkan tiket kerana bekalan yang tidak mencukupi di pasaran, meskipun penambahan bas serta peluasan laluan telah dilaksanakan.

Oleh yang demikian, tempahan awal melalui platform digital seperti redBus bukan sekadar untuk kemudahan, tetapi menjadi keperluan bagi memastikan tarikh perjalanan dapat dipenuhi, terutamanya ketika musim puncak.

Musim percutian hujung tahun turut mencatat ciri tersendiri, merangkumi 22% daripada jumlah keseluruhan tiket yang terjual sepanjang suku keempat (Oktober hingga Disember).

Lonjakan ini menggambarkan bagaimana sambutan budaya daripada perjalanan balik kampung hingga percutian musim perayaan terus membentuk permintaan perjalanan, menjadikan terminal bas beroperasi hampir sepanjang masa serta memerlukan penjadualan yang lebih cekap dan pengalaman tempahan yang lancar.

Laluan Baharu Kini Ditambah Di Sekitar Pantai Timur

Selain laluan utama yang sedia ada, beberapa laluan lain mencatat pertumbuhan perjalanan bas tertinggi pada tahun 2025 berbanding 2024.

Antara laluan dengan pertumbuhan paling pesat ialah Bentong–Kuala Lumpur, Kuala Lipis–Kuala Lumpur, serta Johor Bahru–Singapura. Trend ini mencerminkan perubahan corak perjalanan dan permintaan yang semakin berkembang bagi perjalanan antara negeri serta merentas sempadan.

Sepanjang tahun ini, redBus turut memperluaskan rangkaian perkhidmatannya dengan memperkenalkan beberapa laluan baharu buat julung kalinya, termasuk Kuala Besut–Johor Bahru dan Sandakan–Tawau, yang mendapat sambutan dalam kalangan pengembara. Sementara itu, laluan Pasir Mas–UniSZA turut mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan, memenuhi keperluan perjalanan berterusan bagi populasi besar pelajar yang berulang-alik antara Kelantan dan Terengganu.

Dengan laluan-laluan ini terus mendapat sambutan, pengembara boleh menjangkakan perkhidmatan yang lebih kerap serta keterhubungan yang dipertingkatkan, sekaligus memudahkan akses ke bandar-bandar sekunder dan destinasi rentas sempadan — selaras dengan peningkatan permintaan perjalanan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perjalanan Solo Dalam Kalangan Pengembara

Pada tahun 2025, perjalanan solo mendominasi perjalanan bas di Malaysia, merangkumi 82% daripada keseluruhan tiket yang ditempah, berbanding hanya 12% bagi perjalanan berkumpulan. Kebanyakan perjalanan ini berkait rapat dengan urusan kerja, pendidikan atau pulang ke kampung halaman.

Dalam masa yang sama, penumpang semakin cenderung membuat tempahan pada saat akhir. Corak ini mencerminkan landskap perjalanan yang menyesuaikan diri dengan rentak kehidupan moden yang pantas yang merangkumi perjalanan percutian antara negeri yang singkat hingga perjalanan balik kampung secara berkala — serta menggariskan keperluan yang semakin meningkat terhadap pilihan perjalanan yang fleksibel dan mudah.

Bas bukan lagi sekadar mod pengangkutan tradisional, tetapi menjadi sebahagian daripada gaya hidup mobiliti yang responsif terhadap keperluan harian.

Keunikan Corak Perjalanan 2025

Data 2025 turut mendedahkan beberapa corak menarik yang mencerminkan keperibadian mobiliti rakyat Malaysia:

  • Hari Khamis muncul sebagai hari perjalanan paling sibuk — hujung minggu bagi ramai rakyat Malaysia bermula lebih awal.
  • Laluan Kuala Lumpur–Johor Bahru dan Melaka–Kuala Lumpur mencatat tempahan tengah malam tertinggi.
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kekal sebagai terminal paling sibuk di Malaysia, berfungsi seperti “ruang berlepas” tidak rasmi bagi jutaan perjalanan domestik.
  • Hari Ahad selepas hari gaji mencatat hari perjalanan paling popular, menunjukkan perjalanan sebagai keutamaan, bukan sekadar perbelanjaan sampingan.
  • Hari Selasa pula menjadi hari paling perlahan dalam kitaran mobiliti bas.
  • Disember muncul sebagai bulan paling sibuk, manakala Mac mencatat aktiviti terendah sepanjang tahun.

Menjelang pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026, redBus terus memperluaskan akses perjalanan melangkaui bandar-bandar utama, menyokong ekonomi setempat serta membantu membentuk ekosistem pelancongan yang lebih inklusif dan dinamik.

Melalui daripada data corak perjalanan ini, redBus membolehkan rakyat Malaysia dan pelawat antarabangsa meneroka destinasi baharu, merancang perjalanan berasaskan pengalaman, serta menikmati perjalanan yang lancar di seluruh negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd