M·A·C Cosmetics Memperkenalkan Koleksi Powder Kiss – Gincu Dengan Kemasan Kusam Lembut
Lina Rosli
Bagi penggemar gincu dan juga pencinta solekan, M·A·C Cosmetics baru-baru ini telah memperkenalkan koleksi baharu mereka iaitu M·A·C Powder Kiss – koleksi gincu moden yang menghasilkan kemasan kusam yang lembut, kabur dan selesa untuk dipakai.
Menurut M·A·C, koleksi ini hadir menerusi inspirasi daripada trend solekan masa kini iaitu soft matte dan juga blurred lips. Untuk pengetahuan anda juga, untuk koleksi Powder Kiss ini, ia diperbuat daripada teknik kabur berlapis yang sekian lama digunakan oleh M·A·C Artists di belakang pentas.

Kini, kesan soft-focus, lived-in matte itu boleh dicapai hanya dengan satu sapuan—tanpa berus, tanpa lapisan berlebihan. Inilah pertemuan antara seni dan inovasi yang menjadikan kusam terasa lebih ringan, lebih hidup, dan lebih mudah.
Formula Baharu, Pengalaman Baharu
Bintang utama koleksi ini ialah Powder Kiss Hazy Matte Lipstick. Ia mentakrifkan semula matte sebagai kemasan yang airy, hydrating dan hampir tidak terasa di bibir. Sistem serbuk dan pigmen unik menghasilkan kabur lembut dengan gelinciran seperti gel dan “powdery break”.
Apa yang menarik juga, ia diperkaya dengan ekstrak Salicornia herbacea daripada tumbuhan sukulen, formulanya meningkatkan hidrasi serta-merta sebanyak 54% dan menjadikan bibir lebih lembut dari masa ke masa.
Hasilnya, satu gincu menggantikan teknik kabur berbilang langkah: garis bibir tampak lebih halus, tekstur bibir diratakan, dan kemasan matte kabur tercipta dalam beberapa saat.

Bagi yang berminat, koleksi ini hadir dalam 24 warna yang mana ia menampilkan 12 warna nude moden baharu dan 12 warna ikon yang diolah semula, termasuk Mull It Over dan Stay Curious. Rangkaian ini diperkaya dengan sentuhan kelabu untuk menghasilkan tona lembut yang sofistikated, sesuai untuk pelbagai rona kulit.
Melengkapi rangkaian ini ialah Powder Kiss Lip + Cheek Mousse, tekstur whipped mousse dengan kemasan kusam lembut yang sesuai untuk bibir dan pipi. Aplikator berbentuk jam pasir memeluk bibir dengan kemas, memudahkan sapuan satu langkah yang kabur dan rata.
Fleksibiliti formulanya membolehkan rona sama diaplikasi pada pipi untuk kesan monokromatik yang moden. Untuk koleksi ini, ia tersedia dalam 28 warna yang juga merangkumi warna nude baharu dan ikon yang diolah semula.

4 Gaya Kusam Lembut Yang Diinspirasi Dari Trend
M·A·C memperkenalkan empat gaya yang mentakrifkan “kusam lembut sebagai skin couture baharu” yang mana ia menjadikan si pemakai hadir dengan imej segar, berdimensi dan kelihatan semula jadi.
- Soft Bloom memancarkan keanggunan semula jadi yang lembut. Ia dipadankan dengan pemerah pipi halus dan bibir kabur berona hangat mencipta keseimbangan antara tekstur dan cahaya, menonjolkan kecantikan semula jadi dengan elegan.
- Cool Girl Blur menggabungkan elemen fesyen tinggi dengan keseronokan moden. Palet merah jambu lembut dan lilac mencerahkan wajah, dengan sentuhan glam anak patung dan nuansa film noir yang memberikan karakter segar dan berani.
- Velvet Noir menampilkan keindahan musim sejuk yang sofistikated—kulit velvet matte tanpa kilau, dipadankan dengan bibir beri gelap ala “wine-stained”. Ia memadukan keanggunan dan kekuatan dalam satu ekspresi yang memikat.
- Hazy Brown meraikan keindahan nude kontemporari. Kulit berfokus lembut, bibir dan pipi neutral yang seimbang, menzahirkan estetika moden yang ringkas, kemas dan matang.

Bukan itu sahaja, Powder Kiss bukan sekadar tentang estetika. Ia menawarkan pemakaian sehingga 10 jam, warna kekal tepat, tidak merekah, tidak comot dan tidak berdarah. Ujian klinikal menunjukkan peningkatan hidrasi serta-merta dan berterusan, dengan majoriti pengguna melaporkan bibir lebih lembap, selesa dan tampak kabur sepanjang hari.
Dengan harga RM130 bagi kedua-dua Powder Kiss Hazy Matte Lipstick dan Powder Kiss Lip + Cheek Mousse, koleksi ini meletakkan kemasan kusam pada tahap baharu yang mana ia lebih lembut, lebih pintar dan lebih relevan untuk rutin kecantikan moden.