Bufet Ramadan 2026 di WTCKL – Kembali Dengan Tema Laman Tradisi Menampilkan 200 Pilihan Makanan Lokal
Bat
Kurang sebulan sahaja lagi sebelum kita melangkah masuk ke bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan buat umat Islam. Seperti kebiasaan, momen berbuka puasa bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja pastinya menjadi antara detik paling dinanti-nantikan setiap tahun.
Seiring dengan itu, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) kembali memeriahkan Ramadan 2026 dengan memperkenalkan Bufet Ramadan “Laman Tradisi”, sebuah pakej bufet istimewa yang mengetengahkan gabungan sajian warisan serta suasana kampung yang sarat dengan elemen nostalgia.

Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026, bertempat di Aras 2 Legar, WTCKL, dan beroperasi setiap hari dari 6.00 petang hingga 10.00 malam. Menariknya, pengunjung bakal disajikan dengan lebih 200 pilihan juadah, lengkap dengan lima menu berbeza yang digilirkan sepanjang bulan Ramadan.
Antara hidangan yang disediakan termasuk 22 hidangan utama berasaskan ayam, lembu dan kambing, 21 hidangan makanan laut, 13 jenis ulam-ulaman, 28 pilihan manisan serta 11 jenis minuman. Antara menu tempatan termasuk kambing panggang, aneka sup berempah, aneka kerabu, masakan barat, cendol, apam balik, gerai kudapan, dan varian jenis minuman.




Selain itu, tarikan istimewa bufet ini adalah kehadiran Nasi Kandar Saddam yang cukup terkenal di Kuala Lumpur, serta sajian istimewa seperti Nasi Mandy dan Kunafa hasil kolaborasi bersama restoran Mandy Al Yaman.
Dari segi harga, bufet Ramadan dengan promosi Early Bird ditawarkan pada harga RM118 untuk setiap seorang, manakala harga asal bagi bufet Ramadan Laman Tradisi pula adalah RM148 seorang. Bagi warga emas dan kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun, harga yang ditawarkan adalah RM85 setiap seorang. WTCKL juga turut menawarkan Flash Deal serendah RM100 khas buat pengikut media sosial WTCKL.

Bukan itu sahaja, jika anda merancang untuk berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menawarkan pilihan pakej berbuka puasa korporat untuk dewan banquet. Harga yang ditawarkan adalah bermula RM148 dengan minimum jumlah tempahan seramai 100 orang.

Bagi yang berminat, baucar pembelian awal boleh dibeli secara atas talian di https://riverside.wtckl.com/.
Kemudahan Fasiliti
Sebagai nilai tambah, WTCKL menyediakan ruang solat yang luas dan selesa di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta imam bagi mengetuai solat berjemaah untuk Maghrib, Isyak dan Tarawih.
Sepanjang bulan Ramadan, caj tempat letak kereta turut dikenakan pada kadar rata RM6 (flat rate) bagi kemasukan selepas jam 5.00 petang. Bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), WTCKL juga menyediakan dua port pengecasan EV di tempat letak kereta aras 1.

Komitmen ESG WTCKL
Seiring komitmen terhadap prinsip Environmental, Social and Governance, WTCKL turut mengambil langkah mengurangkan pembaziran makanan dengan menawarkan “Tiffin Carrier” edisi terhad bersaiz 16cm pada harga RM79 dan bersaiz 12cm pada harga RM59, selain itu bekas bento bersaiz besar pada harga RM59 dan bersaiz kecil pada harga RM45. Insiatif ini umembolehkan tetamu untuk membawa pulang lebihan makanan dengan lebih praktikal dan mesra alam.

Selain itu, WTCKL meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat menerusi program Infaq Kasih 3.0 bersama rakan kolaborasi seperti ikhlas.com, Creative Seven Legacy, Mamee dan Wipro Unza, dengan sokongan Jabatan Kebajikan Malaysia. Program ini dijadualkan berlangsung di Rumah Sri Kenangan Cheras sekitar pertengahan Ramadan, melibatkan aktiviti berbuka puasa bersama, solat berjemaah serta agihan barangan keperluan asas.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://worldtradecentrekl.com