Exabytes dan MYNIC Pacu Transformasi Digital Malaysia dengan Hadiah Utama Tesla Model Y

January 22, 2026
Gajet Dan Teknologi

Afizzhar Adham

From left: Karen Teo, Regional Manager, Tesla Malaysia; Encik Hafiz Shahrel Hanafiah, Senior Vice President of Operations, MYNIC; Mr. Wong Toong Poo, Founder of DIY Business System and grand prize winner; Eric Foo, Deputy CEO & EVP of Enterprise Business, Exabytes; Michelle Yap, VP of Marketing, Exabytes.

Exabytes, penyedia terkemuka penyelesaian AI Hosting, Aplikasi Perniagaan, Perdagangan, Digital dan Perusahaan di Asia Tenggara, dengan sokongan MYNIC Berhad (MYNIC), pentadbir rasmi nama domain .MY Malaysia, telah melabuhkan tirai kempen penerapan digital dengan kemuncak acara penyampaian hadiah utama sebuah Tesla Model Y kepada pemenang bertuah.

Majlis kemuncak yang berlangsung di Tesla Experience Centre Cyberjaya itu dihadiri oleh pemain industri, usahawan serta rakan ekosistem digital yang berkongsi aspirasi sama dalam memperkasa ekonomi digital Malaysia. Acara ini telah disempurnakan oleh Eric Foo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes, dan turut diserikan dengan kehadiran Encik Hafiz Shahrel Hanafiah, Naib Presiden Kanan Operasi MYNIC, bersama wakil daripada kedua-dua organisasi.

Kemuncak acara menyaksikan pengumuman pemenang hadiah utama Tesla Model Y, yang dimenangi oleh Encik Wong Toong Poo, Pengasas DIY Business System. Berkongsi keterujaannya, beliau berkata, “Pengalaman ini membuktikan bahawa transformasi digital bermula dengan satu langkah yang jelas dan berani. Dengan bimbingan Exabytes dan MYNIC, kami telah membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi melalui pembinaan asas digital yang kukuh merangkumi aset dalam talian kami. Dengan pengurusan sebanyak 278 nama domain MYNIC yang aktif serta kerjasama bersama Exabytes selama hampir 11 tahun, saya yakin bahawa pelaburan awal dalam infrastruktur digital yang tepat benar-benar memberi impak kepada perniagaan saya. Saya menggalakkan lebih ramai usahawan Malaysia untuk memulakan perjalanan digital yang sama.”

Kempen yang berlangsung sepanjang tahun 2025 ini direka khusus untuk memperkasakan perniagaan digital di Malaysia khususnya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam membina identiti digital yang berwibawa dan berdaya saing. Para peserta layak menyertai cabutan hadiah dengan mendaftarkan nama domain .MY terpilih melalui Exabytes sama ada menerusi pembelian baharu atau pembaharuan langganan. Setiap langganan satu tahun melayakkan satu penyertaan, manakala tempoh langganan yang lebih panjang memberikan peluang penyertaan tambahan lebih tinggi. 

Sambutan yang menggalakkan mencerminkan peningkatan kesedaran dalam kalangan usahawan Malaysia terhadap kepentingan ketersediaan digital. Sepanjang kempen ini, lebih 20,000 perniagaan telah mengambil bahagian, menghasilkan lebih 70,000 penyertaan secara keseluruhan, sekali gus menonjolkan permintaan yang semakin meningkat terhadap nama domain tempatan yang dipercayai, infrastruktur digital yang mampan serta penyelesaian dalam talian yang boleh menyokong pertumbuhan ekonomi digital dalam jangka masa panjang.

Sejajar dengan misinya untuk GROW Digital, Exabytes terus memainkan peranan penting dalam membantu perniagaan Malaysia membina kehadiran dalam talian melalui pendaftaran nama domain, perkhidmatan pengehosan web, cloud services serta pelbagai penyelesaian digital. Kerjasama berterusan dengan MYNIC ini mengukuhkan kepentingan pemilikan nama domain tempatan dalam mempertingkatkan kredibiliti, kepercayaan dan identiti jenama dalam landskap digital yang semakin kompetitif.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Eric Foo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes berkata, “Kadar transformasi digital terus meningkat, dan PKS perlu bergerak seiring dengannya. Matlamat kami menerusi kempen ini adalah untuk memperkasakan lebih banyak usahawan Malaysia membina asas digital yang kukuh, dan sambutan luar biasa yang diterima membuktikan betapa pentingnya pendigitalan dalam memacu pertumbuhan digital untuk masa hadapan.”

Sementara itu, Encik Hafiz Shahrel Hanafiah, Naib Presiden Kanan Operasi MYNIC berkata, “Kehadiran digital yang kukuh bermula dengan identiti digital yang dipercayai. Melalui kerjasama bersama Exabytes ini, kami menggalakkan usahawan Malaysia untuk mengambil langkah asas yang penting dengan mendaftarkan nama domain .MY, yang merupakan satu identiti yang melambangkan kredibiliti, kepercayaan tempatan dan kebanggaan nasional. Inisiatif seperti ini memainkan peranan penting dalam mempercepatkan penerapan digital dalam kalangan PKS serta memastikan mereka berada pada kedudukan yang kompetitif, mampu berdaya saing dalam landskap ekonomi digital masa kini.”

Selain memperkasa pendigitalan, kempen ini turut mengetengahkan inovasi mampan. Tesla Model Y, yang menjadi simbol global kepada tenaga bersih dan teknologi termaju, dipilih sebagai hadiah utama bagi mencerminkan kesepadanan antara transformasi digital dan elektrifikasi mobiliti — kedua-duanya membentuk masa depan pemain industry dan masyarakat. Dengan ciri keselamatan canggih, teknologi pintar serta kecekapan jarak pemanduan yang tinggi, Model Y melambangkan kemajuan, inovasi dan pemikiran ke hadapan.

Berteraskan momentum ini, Exabytes dan MYNIC akan meneruskan usaha bersama bagi memperluas penerapan digital dalam kalangan perniagaan Malaysia. Inisiatif akan datang akan memberi penekanan yang lebih kukuh terhadap penyelesaian berasaskan AI, kesedaran keselamatan siber serta pemasaran digital pintar. bagi memastikan perniagaan bukan sekadar berada dalam talian, tetapi mampu berkembang, dan membina kepercayaan dalam landskap ekonomi digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif digital Exabytes, sila layari www.exabytes.my

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd