UNIQLO Mempersembahkan Koleksi Musim Bunga/Panas Melalui “Intelligent Simplicity”

January 22, 2026
Fesyen

Bat

UNIQLO terus memperkukuhkan falsafah LifeWear menerusi koleksi Musim Bunga/Panas 2026 yang tampil dengan konsep kesederhanaan pintar. Berteraskan idea Ultimate Basic, koleksi ini menampilkan helaian “Today’s Basic” yang bukan sahaja selesa dipakai, malah direka dengan siluet yang kemas, fabrik ringan dan bernafas, serta potongan santai yang sesuai dipakai sepanjang hari.

Antara barisan pakaian yang diperkenalkan adalah Urban Rome, iaitu gaya musim bunga dalam bandar dan sewaktu percutian. Barisan ini terdiri daripada jaket ringan berpotongan pendek, denim, seluar paras buku lali, knit polos serta sweatshirt. Palet warna pada koleksi ini memfokuskan pada warna yang gelap, diserikan dengan sentuhan hijau, biru, merah jambu dan maroon.

Untuk musim panas pula, UNIQLO membawa inspirasi dari Amalfi Coast, destinasi ikonik yang sinonim dengan suasana pesisir pantai dan gaya hidup santai. Koleksi ini menampilkan estetika preppy yang lebih muda, dengan penggunaan fabrik ringan seperti linen dan kapas yang menawarkan keselesaan maksimum dalam cuaca panas.

Antara koleksi pakaian yang diperagakan seperti Zip Up Short Jacket (RM179,90), Jersey Barrel Pants (RM149.90), Premium Linen Shirt (RM149.90), Harrington Jacket (RM249.90), dan Cotton Linen Shirt (RM99.90).

Warna-warna cerah seperti kuning dan jingga pada koleksi ini memberi nafas segar serta mencerminkan semangat musim panas yang ceria dan optimistik.

Denim terus menjadi elemen penting dalam rangkaian LifeWear UNIQLO. Bagi Musim Bunga/Panas 2026, tiga siluet baharu diperkenalkan iaitu Baggy Curve Jeans (RM149.90), JW Anderson Baggy Jeans (RM149.90) dan Baggy Jeans (RM149.90).

Selain itu, perlindungan UV menjadi fokus utama koleksi musim panas kali ini. UNIQLO menawarkan penyelesaian perlindungan matahari yang lebih praktikal dengan mengintegrasikan teknologi UV Protection ke dalam pakaian dan aksesori, menjadikan penjagaan diri lebih mudah dan bergaya.

Koleksi cermin mata hitam turut diperbaharui dengan rekaan yang sesuai untuk pelbagai bentuk wajah serta gaya hidup aktif. Anatar koleksi cermin mata adalah seperti Bold Square (RM79.90), Narrow (RM79.90), Double Bridge (RM79.90), dan Square (RM79.90).

Kesemua model dilengkapi lensa UV400 dan pengurangan cahaya biru, dengan pilihan lensa terpolarisasi untuk mengurangkan silau.

Rangkaian Koleksi Baju UT

Koleksi ini diakhiri dengan rangkaian UT (Uniqlo T-shirt) yang meraikan budaya pop, termasuk kolaborasi khas seperti ulang tahun ke-100 MANGA UT SHUEISHA, BABYMONSTER dan The Museum of Modern Art.

Secara keseluruhan, koleksi UNIQLO Musim Bunga/Panas 2026 menegaskan komitmen jenama ini terhadap pakaian LifeWear yang ringkas, praktikal dan berfungsi tanpa mengorbankan gaya. Dengan pendekatan Intelligent Simplicity, UNIQLO terus membuktikan bahawa pakaian harian boleh menjadi lebih bermakna, relevan dan selesa untuk dipakai musim ke musim.

Untuk melihat koleksi penuh, kunjungi http://www.uniqlo.com/my ataupun rangkaian butik UNIQLO berhampiran anda.



© 2025 Amanz Media Sdn Bhd