UNIQLO X BABYMONSTER Perkenal Koleksi UT Dengan Rekaan Berani & Moden

January 23, 2026
Fesyen

Bat

UNIQLO memperkenalkan koleksi baju UT kolaborasi pertamanya bersama kumpulan K-pop terkenal, BABYMONSTER, sekali gus menandakan kerjasama istimewa antara jenama fesyen global dan bintang muzik global.

Menerusi koleksi ini, UNQILO mengetengahkan rekaan yang diinspirasikan daripada semangat lagu popular “BATTER UP”, yang mencerminkan imej berani, yakin dan penuh karisma BABYMONSTER.

Koleksi ini menampilkan potongan wide boxy silhouette serta penggunaan material ringan dan selesa yang dibangunkan khas untuk kolaborasi ini. Pilihan rekaan crew neck dan V-neck turut memberikan kebebasan kepada pemakai untuk mencuba pelbagai gaya penggayaan.

Selain koleksi pakaian, UNIQLO turut merancang untuk melancarkan siri visual baharu yang menampilkan ahli BABYMONSTER mengenakan koleksi UT ini dalam pelbagai ekspresi, termasuk gambar berkumpulan dan potret solo. Kandungan eksklusif seperti video di sebalik tabir sesi penggambaran serta video mesej khas untuk pelanggan juga akan diperkenalkan secara berperingkat, sekali gus memberikan pandangan lebih dekat ke dalam dunia BABYMONSTER.

Koleksi ini merangkumi enam rekaan eksklusif baju UT wanita, masing-masing ditawarkan pada harga RM59.90.

Koleksi UNIQLO UT X BABYMONSTER akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Februari 2026 dan boleh didapati di semua butik UNIQLO di Malaysia serta melalui kedai atas talian uniqlo.com.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd